Balik kampung hari tu memang JJCM je.
Ajak anak⁴ semua tak nak ikut, nak duduk/main dengan cousins. Even Ummi bgtau Ummi nak pergi makan kat tempat best, pun depa tak mau ikut π
Masing² pun kenyang lagi kot, heavy breakfast pagi tu...
Maksu hantar ketupat, Tok Kodiang bagi.
Tapi, sebelum keluar Ummi masak nasi juga. Nanti mesti nak cari nasi panas juga tu. Untuk lauk, Ummi suruh Abang panaskan sup ayam beli dekat Restoran Bihun Sup Pakcik & Nasi Ayam petang kelmarin tu. Lauk² lain pun ada juga, pagi² tadi Ummi dah panaskan.
Setel bab lunch depa, jom la Walid!
Sebelum tu singgah sat di Taman Suria, beli air. Macam tak percaya harganya singgit, siap tanya adik jual air tu, ni harga terkini ka harga lama? Haha...
Bila dah masuk Changlun, boleh nampak banyak iklan perkhidmatan insuran ke Thailand.
Waze bawa kami ikut jalan kampung, sebab trafik menghala ke Bukit Kayu Hitam (border) jammed. Hujung tahun hari tu kan ramai masuk Siam (Thailand).
Ada projek gantian paip air dekat sini . Setengah jam juga tersangkut di sini sebab jalan tinggal selorong.
Jalan separuh berbatu, separuh bertar.
Kiri kanan jalan ni adalah kebun getah dan tanah² orang kampung. Tak nampak pun rumah². Mungkin sebab tu jalannya kecil, kegunaan asal jalan ni untuk ke kebun.
Banyak kereta plat luar Kedah. Semuanya nak JJCM la ni :)
Konsep lebih kurang macam Saudagar Nenas Agrofarm di Kajang, kafe dalam ladang nenas.
Waiter akan ambil pesanan.
Kitchen dekat tingkat bawah.
Sebekas ni RM10 ke RM12...
Very refreshing ππ»
Pakcik dekat belakang tu geng Berlin sama dgn Ummi :D Sempatlah sembang dgn Pakcik tu, sementara masing² dok tunggu makanan sampai. Pakcik tu siap jemput datang ke rumah kalau balik Baling :)
Ummi ambil Set Bawal Panas (RM15-17 x silap, ikut saiz ikan yg diberi). Sedap, ikan digoreng sempurna. Paling best, gigit² part sirip ikan tu :D
Yang ni pun sedap.
Semuanya dalam RM60.00 utk 2 org makan.
Usai makan, Walid pandu ke depan lagi. Kafe ni sebelah kanan dari jalan masuk utama tadi. Depan sikit lagi ada kafe terkenal dan viral juga ππ»
Yang kereta banyak² tadi tu menuju ke sinilah.
Beberapa meter dari MD2 Botanic Cafe tu ke sini, jalannya berturap elok. Mungkin owner DR upah orang turap jalan ke kafenya untuk keselesaan para pelanggan.
Guard bagitau kami, terpaksa tutup dulu laluan utama masuk ke DR ni, crowded sangat dalam tu. Patutlah tadi ada clients MD2 bagitau, diorang nak ke DR tapi terpaksa patah balik sebab orang terlalu ramai.
MD2 Botanic Cafe
Jalan Sungai Kechik, Sungai Kechik
06010 Changlun
Kedah
Check dulu waktu operasinya ye, Ummi lupa nak tanya hari tu :)
Menarik ni cafe dalam ladang nenas..SA kalau amik set bawal goreng pun akan meratah bahagian sirip dulu PH..itu yang sedap lagipun...kepala pun settle...hehehe
ReplyDeleteWow, uniknya, jauh ke dalam cafenya, dalam ladang nanas. Sedapnya tengok set ikan bawal. :)
ReplyDeleteOh, cuti sekolah agaknya ramai yg datang. Kalau licin macam tu pinggannya, makna kata memang sedap namateyyyy.
ReplyDelete