Friday, 24 January 2025

All Curry

Walid ambil cuti ½ day, bolehlah bawa anak² soleh pergi solat Jumaat. Kereta Ummi masih di bengkel

Ummi pesan belilah ayam goreng buat tambah lauk sebab Ummi masak kari ayam dengan hati ayam goreng je. Stok barang basah tak banyak, Ummi tak dapat ke pasar minggu ni sebab takde kereta dan kuarantin kendiri, pakat tak sihat kan. 

Airtangan Ummi; Pajeri Nenas (frozen) ni kira macam kari jugalah kan, Kari Ayam dan Hati Ayam Goreng. 

Lepas tu depa bawa balik pulak lauk² ni; 

Lamb Shank ni tak sure la masak apa, tapi ala2 kari juga. Yang bawah Kari Perut. Ayam goreng habis katanya. Aih, macam tak logik pulak, dari Azhar Maju ke Kapitan, ayam goreng yilek 🤭

Apapun syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.  


4 comments:

  1. haha bertema kan kari menu PH semalam ye, tapi kak ana suka makan lauk kari-kari gini PH syaratnya kena ada kicap manis Jalen hehe :)

    ReplyDelete
  2. Aduh ada lamb shank pulak kat situ...

    ReplyDelete
  3. Nak masak kari ayam la pulak bila tengok lauk pauk kari PH ni. Nak masak yg style utara punya. Fuhhhh terliur!

    ReplyDelete