Saturday, 4 January 2025

04012025 ~ Ke Giant Batu Caves Sekali Lagi

Selepas hantar Kakak ke Perkampungan UPKK di sekolah, kami ke Giant Batu Caves (GBC). GBC tengah ada sale jadi Ummi bercadang nak beli barang² mcm groceries ke toiletries ke at discounted price la macam hari tu. 

Sekali bila masuk, banyak rak dah kosong! 

Mungkin suppliers dah keluarkan barang masing²... Ikut kata staff last day depa buka GBC13/1 ni. Sementara Giant baru nak siap, staff GBC ni akan ditugaskan sementara di outlets lain katanya. 

Sedih pula tengok. Walaupun Ummi jarang datang sini, but we know it is there. Kot ada keperluan, sinilah tempatnya nak cari barang. 

Rak² barang dapur dan toiletries mostly dah kosong. Frozen food pun sama, tak banyak dah. Yang tinggal pun jenama yg Ummi tak kenal. Barang² basah; ayam, ikan, sayur, buah²an masih ada. Yang kering² macam ikan masin, ikan bilis pun tak nampak dah. 

Ada barang yang murah dan ada yang masih mahal. Kena check betul² harganya sebab kami terkena tadi. Harga dipamerkan tak sama dengan harga di mesin cashier. Ada ke patut correction tape harga RM30! Dah la longgok² dekat clearance section, display price dlm 6 ringgit lebih je, tapi bila punch 30 hinggit. Mujurlah Walid perati satu² harga yang dia scan tu. 

Side table ni pun sama. 
Harga clearance RM30. 
Masa punch RM49, sistem belum update kot. Depa check semula, dapatlah harga RM30 tu...

Balik rumah Adik tolong Walid pasangkan...

Siap! 

Bahagian barang rumah dan pakaian ada lagilah yang tinggal. Itu pun dah surut banyak dari sebelum ni. 

Jumpa t-shirt dan blouse harga 10 ringgit, beli la utk gegirls. Boleh buat basahan. Beli juga cermin dan selimut untuk Adik. 





6 comments:

  1. Dulu masa kerja kat genting selalu turun KL pergi giant sini. Dah nak tukar giant baru ye.

    ReplyDelete
  2. automatk jadiu sedih kan bile kt nampak situasi mcm ni.. di sini pun sama.. ktcc dah kurang batrang dan boothnye sebab berpindah ke mayang mall.. mayang mall plak baru je nak bernafas, tu pun semput2.. x seronok untuk window shopping :( :(

    (nk kata nk g shopping tu, shopping x byk mana pun ) :P

    ReplyDelete
  3. Pernah sampai sekali je husband bawa situ. Itu pun lama dah. Husband akak kerap juga beli barang kat GBC balik dari kolej.

    ReplyDelete
  4. sayu pulak bila byk outlet nak tutup

    ReplyDelete
  5. Bila tgk banyak kosong boleh bayangkan org yg rajin kesini mst sebak. Kita ni jenis emosional sikit. ;)

    ReplyDelete
  6. SA masa duduk Kepon ad agak la beberapa kali pi Giant Batu Caves tu...laaa..nak pindah ke lokasi baru rupanya...

    ReplyDelete