Sampai rumah kami sambung aktiviti. Kali ni bersihkan kawasan luar rumah pulak. Kena bakar semula lemak yang dimakan tadi :p
Petik dulu buah belimbing yang tengah lebat ni. Banyak yang dah gugur sebab buahnya nun di atas sana, tak sampai nak kait pun. Ummi minta Walid tolong trim pokok belimbing ni sebab dah meninggi, susah nak ambil buah yang atas tu. Hujung julai kata orang Baling:)
Pangkas juga pokok mangga dan belimbing yang satu lagi. Hasil kutipan dapatlah ½ baldi besar. Bungkus² berbagi pada jiran² dan kawan² Cik Leha, yang kebetulan lalu.
Setel pokok² depan rumah, kemas porch pulak. Alihkan pasu² dan pokok² yang dah tak nak tu sementara ada tenaga orang² muda ni :D
Alhamdulillah terasa lapang bila semuanya bersih dan tersusun.
Sebagai reward, Ummi masak nasi ayam one-pot. Late lunch, dekat pukul 4 baru makan sebab Ummi pun penat mengemas depan tadi tu. Tapi mujurlah Kakak rajin membantu di dapur. Sekarang ni tak payah ajak dah, nampak Ummi masuk dapur dia pun turut ke dapur.
Arwah Tok dulu kalau masak nasi ayam, ginilah caranya. Nasi Ayam style gini sedap dimakan bersama air asam tomato. Ada rasa pedas², masam² pada air asam tu sesuailah dengan ayam tu. Tak rasa muak sangat.
Alhamdulillah kenyang dan penat haha...
Penat, tapi it was a fruitful day 👍🏻
nasi ayam tu nampak sedap laaa...tak pernah try masaka yg versi gini
ReplyDelete