Projek kemas² diteruskan...
Kali ni kemas bilik gegirls pulak. Jumpa pulak pelbagai khazanah yang disimpan bertahun². Marilah kita mengimbau kenangan ye...
Barang² kraftangan Ummi. Dulu suka buat bunga telur dan hantaran. Kalau ada kawan² rapat/saudara terdekat kahwin, Ummi suka hadiahkan bunga telur. Hantaran tak pandai sangat tapi pernah buat untuk majlis tunang dan nikah Pakcik. Majlis sendiri of course la kan :)
Best kan bil bawah RM100 je masa ni. Sekarang jangan harap le...
Cg Murni antara guru hafazan Abang yang terawal, selain Cg Sue & Cg Lin di PASTI. PASTI pun ada silibus hafazan 👍🏻 Sebagai persediaan Abang utk ke SMKA TMUA, Abang berguru dgn Ust Anep. Ustaz datang rumah, habis kelas depa pakat main game haha.... Ustaz pun muda lagi time tu 😁
Tahun ni yuran dah naik RM130.
Plan Lantai Maktab 86, sewaktu wukuf di Arafah. Sebagai Sahabat TH, kami dapat plan ni untuk rujukan dlm membantu jemaah semaktab. Di Arafah ni Ummi okay sebab kawasan tak lah besar sangat, tapi di Mina pening juga nak baca plan ni. Paling cekap Hjh Amalina. Jika ada jemaah tersesat, HA lah tukang hantar balik ke khemah.
Banyak training materials dlm tu, Ummi pun tak tau nak guna ke tak lagi tu. Biar tuannya la kemaskan cuti CNY ni.
Banyak lagilah projek kemas² Ummi nak buat. Rasa seronok declutter ni, rasa lapang je minda dan jiwa :D
part mengimbau kenangan tu memang best laa...anyway selamat beristirehat sempena cny ari ni :) MZ ni tgh pulun update slides sbb mlm ni ada online class (masters class)
ReplyDeleteSeronok nak declutter nie.. Tapi, tak seronok main habuk.. Kalah sikit dengan habuk nie..
ReplyDeleteAaa.. kita pun declutter jugak sikit² dari tahun ke tahun tak habis², hihi. Banyak kenangan Umi Walid tu, simpan terus ke atau tutup mata, buang?
ReplyDeleteMemang sesekali kena tengok apa yang patut ni. Kadang perlu buang je sebab dah tak guna lagi.
ReplyDeleteOwh... tangan seni jugak ni rupanya... pandai buat 'keras'tangan
ReplyDelete