Dari Aeon Wangsa Maju kami ke Melawati Mall. Hajatnya nak ke Bumbu Babah, milik Ajak Shiro tu. Masa kedainya di Giant Batu Caves kami tak sempat pergi, jadi bila dapat tahu Ajak buka BB di MM, makanya jomlah kita support.
Scan je barcode tu, automatik dapat harga ahli. Total harga makanan kami RM64± tapi dapat harga ahli dlm RM53±. Banyak jugalah jimatnya.
Ini yang kami makan;
Ikan keli digoreng garing (tak berminyak), sedap sangat ππ»
Untuk Angah, Set Paru Balado (RM9.90 I harga ahli). Paru ni digoreng garing, keras sikitlah. Ummi suka paru garing tapi lembut² sikit so this one Ummi tak berapa sangatlah. Tapi Angah makan habis je. Paru tu favorite dia.
Setiap set ada pucuk ubi, sayur kobis, sambal merah , sambal ijo dan telur rebus ½ berserta nasi dan lauk pilihan. Nasi diberi dlm portion yang mengenyangkan. Kuah Ummi tak pasti kuah apa, diletak siap² atas nasi.
Dari segi rasa sedap bagi kami ππ»
Harga pun berbaloi dengan rasa dan saiz hidangan. Keep it up Ajak!
Kawasan luas dan bersih, serta berhawa dingin. Tempat tak crowded. MM ni banyak restoran, jadi crowd tak tertumpu di satu² tempat je. Jadi, sangat selesa dapat makan dengan santai dan tenang. Yang dok meeting pun ada :) Ada mini playground utk kids main juga. Pilihan makanan pun pelbagai sebab banyak stall dekat sini.
Oh ya, Adik order Megi Goreng Telur Mata tadi tu. Lupa ambik gambar.
3 botol air mineral + 2 gelas air mangga balang RM17.10.
Done support Bumbu Babah ✅
Nampak menyelerakan semua set nasi tu. Kalau says memang minta kuah extra.πππ
ReplyDeleteooo baru tahu kewujudan nya..boleh lah try nanti :) MZ jrg2 mkn kat food court MM sbb byk pilihan restoran kat sini
ReplyDeleteSetuju food court di MM ni mmg selesa.. luas dan selesa :D
ReplyDeleteBila tak crowded tu saya suka sangat. Nampak luas juga food court ni.
ReplyDelete