Alhamdulillah dah masuk 1 Rejab dan 1 Jan 2025. Sekejap saja berlalu rasanya tahun 2024; bersulam suka dan duka itulah corak sebuah kehidupan. Tanpa hujan, takkan hadir pelangi. Tanpa ujian takkan berbuah sabar. Tanpa amal takkan berbuah iman.
DOA Ummi untuk semua agar setiap hari yang kita lalui di sepanjang tahun 2025 ni; dipermudahkan oleh-Nya, diberi kita kesihatan yg baik, rezeki yang luas lagi berkat, dijauhkan dari segala musibah dan bertambah amal ibadat kita. Kita semua sedang berjalan menuju ke negeri abadi. Dunia semakin hari semakin jauh kita tinggalkan. Itulah hakikatnya.
Diberi kesempatan oleh Allah SWT utk bertemu lagi dengan bulan Rejab adalah satu rahmat. Bulan mulia yang secara automatik mengingatkan kita bahawa kita sudah menghampiri bulan seribu rahmat; Ramadhan yang mulia. Aura tu dah terasa kan...
Semoga yang baik² utk kita semua 🤲🏻
Salam 1 rejab dan happy new year PH🎊🎉
ReplyDeleteSemoga yg baik2 mengiringi kita semua tahun ni.. salam 1 Rejab & happy new year PH
ReplyDeleteSalam Rejab dan tahun 2025, moga tahun mendatang ini lebih baik daripada yang sebelumnya.
ReplyDeleteAmin jejap sahaja
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2025. Semoga tercapai apa yang dihajati.
ReplyDeletesalam satu rejab.
ReplyDeleteSalam 1 Rejab PH dan Selamat tahun baru. Tahun 2024 banyak pengajaran yang ibu dapat. Mengajar ibu apa yang perlu dan yang tidak perlu. Semoga tahun baru ni kita semua dipermudahkan segalanya. Aamiin!
ReplyDeleteSalam Rejab Dan Happy New Year. Aamin untuk segala doa Dan Moga dimakbulkan Allah doanya..
ReplyDelete