Lega sebab jamuan akhir tahun takde sebab dah disekalikam dgn jamuan semasa sambutan Hari Kanak² bulan 12 baru ni. Lega sebab nak fikirkan menu tu yang pening :)
Tup² Kakak bagitau Jamuan Pengawas kena bawa juga makanan (potluck). Menu utama bakso dan mi kari. Pengawas T5 kena bawa makanan berasaskan pasta atau pizza. Jenuh nak cari pizza pagi² 🤭
Ummi masak pasta spiral + macaroni. Bahan² semua ada dalam pantry. Habaq pun lambat, kita masak apa yang mudah je la kan.
Setiap orang dapat hadiah lain². Kakak dapat instant shawl. Nuha dapat purse lawa kata Kakak.
Lepas tu bawa balik juga sebekas pasta spiral goreng. Cikgu kelas beli untuk habiskan duit kelas diorang. Walid pun balik kerja tu beli pasta goreng juga. Dah jadi Hari Pasta Sedunia pulak di rumah ni 😆
Adik pun cikgu kelas beli cupcakes & kek choc moist utk habiskan duit kelas yang dapat masa diorang menang kelas tercantik. Eloklah tu, boleh pakat² merasa sebab sesi depan belum tentu semua sekelas. Cikgu² kelas pun akan bertukar juga.
No comments:
Post a Comment