Wednesday, 15 January 2025

Pekena Bihun Sup Pakcik & Nasi Ayam, Jitra

Balik dari melawat Haziq, Ummi & Walid dropped off the kids dulu then kami pi dating :p Tak sah lah kalau balik Jitra tak pekena Bihun Sup atau nasi lemak bungkuih. 

Kali ni kami makan di Restoran Bihun Sup Pakcik & Nasi Ayam. Restoran tepi bendang, boleh nampak dari jalan utama tu, sebelah kiri kalau menghala ke Kodiang. 

Tedia.... 
Bihun Sup Daging 
Ada juga pilihan sup ayam atau sup campur (perut, paru dsbnya) 

Gaul dulu dengan Sambal Merah ni. 
Sambal Merah ni tak pedas. Tapi kena ada baru kick makan Bihun Sup Utara. 
Satu lagi trademark BSU ialah lobak masin sbg aksesori selain tokua (tauhu), bawang goreng dan daun sup. 

Order juga Coq Udang. 
Coq Udang belah Utara cicah dengan kuah kacang ya... Sepinggan RM6. Nikmat ni sekali sekala ja dapat rasa i.e time balik kampung. Yang dok beli kot ni tak sama rasanya. 

Kami order juga sup ayam untuk bawa balik makan time dinner nanti. Makngah malas dah nak masak utk dinner. Balik kali ni tak 'buka katering' macam selalu², ala kadar je masaknya. 

Elok dah setel makan, dah dapat sup ayam tu, dah bayar semua tinggal nak balik je Tok Umi called pesan jangan beli apa². Paklong nak bawa balik lauk kenduri. Balik rumah, cepat² Ummi simpan sup dalam freezer :p 

Masakan panas², goreng² ala Thai semua ada. 
Kalau bulan puasa, penuh restoran ni. Ramai datang berkumpulan/berkeluarga. 

Kedai ni femes, boleh Waze je utk ke sini.

Senja pun lawa kalau di kampung kan... 

Suasana malam di pekan Jitra. 
Kereta banyak juga malam² di Jitra ni. Tapi, tak sesesak di SG :) 



23 comments:

  1. SA pernah makan sekali mee sup utara kat Sg Petani..memang padu mee sup dia..kalau sup- sup SA prefer mee compare bihun

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH suka bihun lagi, tp sebelah EH diorg suka mee :)

      Delete
  2. Kalau ada ke Jitra bolehlah saya try makan kat sini.

    Sejak pindah utara, saya belajar makan coq udang kuah. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila² PU πŸ€—
      Coq Udang kuah kacang tu trademark org Kedah hehe

      Delete
  3. Bihun Sup Utara mmg sedap kena pula ada daging dgn perut.. allahu.. teliur dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Memang bihun sup utara special.
    Sedapnya!

    ReplyDelete
  5. Terliurnya bihun sup tu. Kalau balik kedah memang makan bihun sup utara dan Dinalang ais kacang kat Simpang Empat, Alor Setar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, nanti nak pi cari tmpt tu bila balik kampung nanti πŸ‘πŸ»

      Delete
  6. Bihun Sup Utara tu sedapnya. Kena dating selalu tau PH 😍

    ReplyDelete
  7. saya penggemar cucur!! terliur coq udg tuuuu

    ReplyDelete
  8. Ammi last ke Jitra tahun 2006 kot. Adik ipar belajar kat poli disitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Jitra mmg ramai students sbb ty port makan pun banyak.
      Kena revisit Ammi, lama sangat dah tu

      Delete
  9. Jitra ini di Kedah kan kak? Sebenernya tak jauh sangat dengan Penang kan? Saya sekali ke Kedah. Temankan kawan kuliah saat dia balik kampung. Tp saya lupa pula nama kampung dia, yg saya ingat di Kedah πŸ˜„

    Itu pertama dan terakhir. Blm lagi pergi kesana lagi. Sedaaap sangat nampak bihun sup itu kaaak 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, Jitra di Kedah. My husband's hometown.
      Ada kesempatan please come again Fanny. So that you can taste the famous bihun sup :D

      Delete