Sunday, 26 January 2025

Breakfast @ Restoran Tok Keramat, Jitra

Pagi sebelum bertolak balik ke SG, kami ajak family Jitra bersarapan di Restoran Tok Keramat yang popular di Jitra ni. 

Paling murah di Malaysia tu tak pasti, tapi murah tu ye... Kami semua 17 org, total harga makanan minuman RM176. ±RM10/person

Ni dalam pukul 8.30 tapi banyak lauk pauk dah ready... 

Salah satu kedai ni jadi tumpuan sebab banyak pilihan makanan. Anytime orang datang, makanan dah tersedia, dgn pelbagai pilihan. Restoran pun besar, parkir juga luas. Sesuai sangat nak datang dengan keluarga besar atau big group

Ummi ambil nasi lemak ayam goreng. 

Order juga set Daging Harimau Menangis 3 set (RM10/set kalau tak silap). Apa yang special daging ni ye? Ummi makan rasa biasa je, tapi lembutlah dagingnya. Itu yang special-nya kot ☺️

Jajan, dessert malah minyak angin pun ada juga diletakkan di rak² jualan. 

Depa nak aiskrim pulak lepas dah kenyang makan nasi lemak :D 

Restoran Tok Keramat 
Jalan Ilmu
06000 Jitra
Kedah
Waktu Operasi: 7.00 pg - 3.30 ptg setiap hari



11 comments:

  1. paling murah di msia gitu tagline dia..kalau kt klate daging harimau mmg padu2 dgn sos cicah merah + hijau

    ReplyDelete
  2. belah-belah utara ni harga makanan masih agak murah kan PH, masakan pun sedap-sedap kebanyakannya, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. ok dh tu ratenya, kat KL pun ada jugak rate gitu tp tgk tmpt, kdg2 RM15 perpax utk bf pun...kdg2 RM20 pun yer jugak esp kalau cafe2 hipster/proper restaurant

    ReplyDelete
  4. Untuk 17 orang makan murah dh tu kan PH...daging harimau menangis tu nampak sedap...

    ReplyDelete
  5. Harga di utara masih dlm range murah. Org utara memang awal makannya, jam 10 pagi lauk pauk tengahari dah tersusun. Kita baru fikir nak cari sarapan, terus makan tengahari.

    ReplyDelete
  6. Makan kat Kedah dan belah Utara memang agak murah. Sedap nampak semuanya.

    ReplyDelete
  7. Memang murah itu harga setiap seorang RM10.

    ReplyDelete
  8. Pernah makan daging harimau menangis ni sedap juga rasanya. Wahhh kalau banyak pilihan camni best....

    ReplyDelete
  9. ammi belum pernah rasa daging harimau menangis tu

    ReplyDelete