Thursday, 2 January 2025

The Kandu Resort Pt 2

Esok pagi pukul 7 kami dah keluar dari bilik, bersiar² ambil angin di dalam dan luar kawasan resort

Tak ramai yang menginap di sini. Tak nampak orang lain pun selain pasangan pengantin baru, Puteri & suaminya yang menginap di sini, seorang lelaki bujang yang checked in sama dgn kami semalam serta 1 family lain yang attended this wedding. Tapi ada beberapa buah kereta di kawasan parkir. Mungkin masing² belum munculkan diri. 

Peluang ni Ummi ambil untuk berbasikal dan morning walk . Lama ye Ummi tak naik basikal tapi sebab takde orang kita pun kayuh la! 

Rasa bersyukur sangat Allah bagi rezeki tengok pemandangan indah sebegini. Hilang masalah kata orang... 

Breakfast pukul 8 katanya... 
So kita morning walk dulu

Adik la model Ummi pagi tu...
Cucu penoreh getah kena kenallah pokok getah, sekerap dan mesin getah kat belakang tu :D 
 
UM suruh cuba ATV tapi tu la awal² pagi ni belum buka. Sebelah resort je. Tak salah dari Gua Kandu hingga ke sini semuanya tuan yang sama. 

Mana², bila² jumpa cat mesti nak usap, pegang dan peluk. 

Perabot dari kayu hanyut. Cantik dan style sangat πŸ‘πŸ»

Lagi...

Ada beberapa tong sampah utk buang botol air minuman. Ummi support sangat inisiatif yg pihak TKR ni buat. Bagus sangat utk kelestarian alam sekitar πŸ’š

The Kandu Resort ni sebenarnya selalu jadi port shooting filem/drama. Scenery dan suasana kat sini cantik, memang sesuai sangat. 

The Kandu Resort 
Tempurung Valley, 
Lot 10731, Jalan Besar, 
Kampung Gunung Mesah Hulu, 
31600 Gopeng, Perak

10 comments:

  1. Oh kat perak. Tertanya2 juga tadi kat mana tak pernah dengar. Fresh je dapat tengok kehijauan.

    ReplyDelete
  2. Alam semulajadi
    Damaiii tenang
    Slmt thn baru 2025

    ReplyDelete
  3. dpt tgk view alam sebegini...nikmat btul kan...tenang

    ReplyDelete
  4. owh menarik juga resort ni PH, kak ana baru tahu ada tarikan pelancungan kat Gunung Mesah ni, memang laluan kalau kak ana nak ke Ipoh dari Teluk Intan. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. banyak tempat menarik dekat area gopeng dan ipoh...tp, tak sempat nk pergi lg

    ReplyDelete
  6. Tertarik pulak dengan tempat ni, PH. Agak² kalau ke utara, nak singgah sini, PI yg cerewet tu nak ke idok? Sebab dah ke Gopeng pulak kan.

    ReplyDelete
  7. Damai betul. Hehe terus semangat PH untuk berbasikal ya.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat ni. Mcm banyak juga tempat menarik di Gopeng ni.

    ReplyDelete
  9. Cantik tenang sangat TKR ni. Boleh ajak hubby ke sini nanti.

    ReplyDelete
  10. Tenang nampak suasana kat sini PH.

    ReplyDelete