Tuesday, 7 January 2025

Nasi Kandar Tepi Laut, Butterworth


Jom Ummi nak share tempat makan sedap, murah dan ada view yang sangatttt cantik ni, yang kami terjah masa cuti sekolah bulan 12 baru ni. 

Dari Gopeng, kami meneruskan perjalanan ke Utara. 

Dalam perjalanan Walid suggest singgah lunch di sebuah kedai di Butterworth. Orang tua² di kampung Ummi panggil Bagan :D 

Walid 'nampak' Pekin Ibrahim makan di kedai ni... Nampak dalam YouTube channel ye, bukan nampak depan mata :D 

Waze bawa lalu jambatan...
Terkejut sbb ala² jambatan Pulau Pinang. Bagan sebelah darat (tanah besar) bukan pulau, awat nak kena naik jambatan pulak 😅 Punyalah lama tak mai area ni, hilang ingatan teruih 😂 

Ini rupanya Jalan Lingkaran Luar Butterworth. 
Teringat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) kat KL ni :D 

Sampai dah...
Nampak biasa² saja tapi jangan underestimate humble warung macam ni. Sometimes they serve the best and most delicious food tau! 

Bersih!
Terbaiklah Mamu 👍🏻

Senarai harga 👆🏻

Mula tu Ummi nak try hat ni. 
Tapi tak jadi, sebab 👇🏻

Ummi nampak Kari Ikan Bawal, siap ada teloq lagi!
Dia potong ikan tu sekali dgn teloq, bukan jual asing²... Walah! 

Dah amik nasi tu, jom pi cari meja. Kami pilih duduk tepi benteng jadi boleh nampak laut dan ditemani bunyi ombak. Angin pun berpupuk lembut, memang layan sungguhlah orang kata... 

Dah la makanan enak, view pun lawa ya amat. 
Bukan setakat kenyang perut, mata, hati minda semua ikut kenyang. 

Ni bukan pantai mandi tapi pantai nelayan kot. Ada yang memancing tu... Ada bot² kecil juga ditambat di benteng ni...

Seindah lukisan ❤️

Kalau nak order goreng² dan western food pun boleh, satu tempat dgn nasi kandar ni. Depa pakat menega la kot, share² bayaq sewa sebab kawasan ni lawa. 

Angah ambil lauk Ayam Bawang. 
Satu tu je lauk dia, sejenis tak pandai makan banyak lauk. Sayur memang a big no la for him.  

Adik pula pilih Kari Ayam dan Papadom. 

Abang sakanlah dia; Ayam Goreng, Telur Sotong dan Papadom. 

Walid pilih Ayam Bawang, Papadom dan lauk daging/kambing tu... 

Kakak; Ayam Bawang juga, Telur Dadar & Papadom. Papadom tu sebenarnya ada orang belanja. Depa kata Pakcik tu ambik (siap pek), bayarkan dan bagi depa. Ummi tak perasan sebab tunggu meja. 

Semuanya dalam RM60 shj. Air rasanya RM10 je termasuk 2 gelas fresh oren. Alhamdulillah kenyang sangat. Paling penting puashati dengan keenakannya, layanan mesra dan suasana kat sini. Ada rezeki memang nak repeat

Untung orang hat dok sini, kedai ni depan block kediaman depa ja :D 

Nasi Kandar Tepi Laut 
369, Jalan Pantai Bersih, 
Taman Pantai Bersih, 
13000 Butterworth, 
Pulau Pinang
Waktu Operasi: 12pm - 10 mlm setiap hari. 

















13 comments:

  1. part view cantik tu memang awesome la!! teringat plak time mkn kat langkawi sambil tgk view laut ;)

    ReplyDelete
  2. Tempatpun Jalan Bersih.
    Murah ya. Susah jumpa yang semuanya bagus.

    ReplyDelete
  3. cukup pakej ni semua ada..harga murah tu paling suka

    ReplyDelete
  4. perhhhh pakej lengkap semua ni. view cantik + makan surrrrrrrrrr! syahduuuuunyaaaa~

    ReplyDelete
  5. SA setuju part view memang cantik...harga pun dsangat berbaloi murah kan

    ReplyDelete
  6. Syok ni, makan nasi kandaq tepi laut.

    ReplyDelete
  7. Alamak, janganlah Pak Inche nampak post ni, hahahaha.

    ReplyDelete
  8. Tengah lapar ternampak pula teloq ikan tu PH.....Perghhh sedap....Banyak pulak tu pilihan kat sini ya...

    ReplyDelete
  9. La... awat Mrs. A tak tahu ni huhuuuu...baru je balik dari PP amik Aryssa eh! heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, sori baru sempat up entry hihi...
      Takpa next time boleh try :D

      Delete