Sunday 4 February 2024

Lunch @ Restoran Sri Ayu, SG

Restoran Sri Ayu ni tak perlu diperkenalkan lagi, memang terkenal dah kan... Sentiasa penuh dengan pelanggan dari dalam dan luar Sri Gombak ni. Ummi pun kalau nak datang sini, tunggu weekdays dan bukan waktu puncak. 

Selasa tu lepas selesai IV MITS, Walid balik rumah dulu. Lepas Zohor dalam pukul 2.30 baru kami keluar lunch. Ingatkan dah tak ramai orang, tapi masih ramai rupanya, cuma tidaklah sesesak waktu puncak. 

Ummi lauk simple camni je... Nasi kuah singgang dengan ikan masin dan ulaman. Pastu pau ikan talapia goreng Walid 🤭 Semua ni dengan air kosong 2, RM15 je. 

Jumaat kelmarin singgah lagi sini, bawa anak³ pula. Depa balik awal sebab Hari Anugerah. 

Kali ni Ummi ambil kerabu perut. Ulaman tak tinggal la kan... Adik ambil telur itik masak lemak, Angah sambal bilis + terung pipit dan Kakak kuah tomyam. Ayam 2 ketul, Milo tabur 2, Milo Ais 1 dan air kosong semuanya RM30. 

Alhamdulillah kenyang belaka :) 

12 comments:

  1. best tgk anak2 pandai mkn camni, anak saya takda nya nak mkn

    ReplyDelete
  2. dalam banyak-banyak gambar tu kan, ldy terpandang pisang.. ya Allah, nikmat makan pisang..

    ReplyDelete
  3. tak la mahal sangat harga makanannya...ikan talapia tu sedapnya

    ReplyDelete
  4. Sedap lauk mcm ni... sy pun suka ni PH... harga pun not bad x kayangan

    ReplyDelete
  5. Pandai Angah makan terung pipit.

    ReplyDelete
  6. Murah betul makan kat situ ye...

    ReplyDelete
  7. Harganya kira berbaloi dengan pilihan tu

    ReplyDelete
  8. Harga kat situ berbaloi la PH. Ulam-ulam tu sedapnya.

    ReplyDelete
  9. suka mkn ikan bakar & kerabu mangga...lauk byk sgt ...rambang nk pilih

    ReplyDelete
  10. Lauk simple tapi sedap tu makan dgn nasi panas2..

    ReplyDelete