Sunday 11 February 2024

Majlis Apresiasi Tahun 6

Sabtu 3.2 tempohari, hari yang sibuk bagi Angah. Sebelah pagi attended IV SMISTA, sebelah petang pula ke Majlis Apresiasi Tahun 6 di sekolah. 


Syukur dan lega sungguh Ummi bila akhirnya sekolah decided untuk buat majlis tersebut di dewan sekolah saja, bukan di hotel atau event spaces luar macam tahun lepas. Bagi Ummi, guna sajalah kemudahan sekolah yang ada, tak perlu membazir sewa tempat luar. Duit yang ada tu jamu anak² makan sedap-sedap, puas-puas dan bagi goodies best², itu pun anak² dah seronok dah. Bukan berkira dengan anak, sebab rasanya semua ibu ayah nak bagi yang terbaik untuk anak² mereka tapi tak semua orang ada kemampuan yang sama. Kesian pula jika ada yang tak dapat join sebab tak mampu kan? Jadi tak perlulah timbulkan isu parents berkira dsbnya. Kasut masing-masing tak sama... 

That's why for me, sangat elok buat saja di sekolah, biar semua anak² T6 ni merasa naik pentas dan have fun dengan kawan-kawan depa. Alhamdulillah untuk majlis ni juga tiada sebarang caj dikenakan ke atas murid. Jadi, semua dapat hadir. Ibu ayah pula walaupun tak dijemput hadir,  tapi majlis ni ada live di FB, tetaplah ibu ayah dapat tengok juga :D 

Kena pakai full set baju Melayu. Untuk perempuan, kena pakai baju kurung dan tudung warna cream. 

Dewan sekolah dihiasi indah... 
Setting tempat duduk pun ala² banquet hall, adalah vibe hotel tu ☺️

Setiap orang dapat mug, choc bouquet, sijil dan belon. Seronok what... 

Sesi bergambar sebagai penutup majlis. 

Jutaan terima kasih kpd pihak sekolah yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ni. Hari Jumaat semalam tu cikgu² dah all out untuk Hari Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum, Sabtu pun dari pagi hingga ke lewat petang juga, sebab Majlis Apresiasi ni diadakan sebelah petang. Asalnya pagi tapi sebab ramai yang attended IV SMISTA dan SMAWIP, terpaksa dibawa ke petang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar berkat kerjasama dan tolak ansur semua pihak. 

Tahniah Angah! 
Lepas ni dah melangkah ke alam menengah, semoga Angah terus cemerlang 🤲

Throwback gambar Angah masa orientasi darjah 1, tahun 2017. Kenit² je semua dulu haha... 

Selamat maju jaya semua. Kalian semua sentiasa dalam doa Ummi 🤗

9 comments:

  1. Setuju PH, kasut kita tak sama. Takde ibubapa yang tak nak buat yang terbaik untuk anak-anak. Kalau dah tak mampu, nak buat macam mana Kan. Pada Fiza bab² penyampaian hadiah ni biarlah dibuat di sekolah, tak perlu pun sebenarnya buat di hotel. Sian pada yang tak mampu. Tak semua orang berkemampuan. Kan...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..betul sangat. Tak payah buat kat luar.. guna je apa yang ada di sekolah tu. Panggil orang katering, kasi makan sedap sedap, jimat banyak kos sewa dewan

    ReplyDelete
  3. betul tu, buat je kat sekolah.. ajak anak2 murid bantu.. insyaAllah pasti lebih menarik.. mcm zaman kite kecik2 dlu.. semua bersama2 hias dewan bersama guru2..

    ReplyDelete
  4. Seingat Cuya masa darjah 6 Cuya takde majlis macam ni.. ke Cuya lupa ingatan? Yalah, kita dulu nak fun2 je, ..oh ya Cuya ada pergi bercuti dengan rakan2 sempena tahun akhir kot..

    pergi Sunway Lagoon...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, selamat melangkat ke alam sek menengah pula..kdg tu, nak buat event kat luar sebab tak payah penat2 nk mengemas...tp dah tahun 6, boleh dah minta bantuan murid2 untuk mengemas dewan tu..buat sama2...
    dulu2 masa sek men pun buat event dekat dewan sekolah je...semua murid2 yang buat sendri dengan pantauan dan bantuan guru2

    ReplyDelete
  6. Betul, buat saja di sekolah. Jugak kalau nak sewa jubah, mahal sangat. Anak2 saya sekolah taraf luar bandar. Kami semua merasa. Dewan sekolah ada, lagi meriah.

    ReplyDelete
  7. kan, boleh je buat majlis di sekolah. anak2 ni tak kisah pun sebenarnya tapi bila ada sekolah dah cipta trend...sekolah lain pun mana nak kalah. gitulah ammi rasa.

    ReplyDelete
  8. Cantik stage dihias warna ungu....Kejap pulak dah nak ke Sekolah Menengah ya. All the best!

    ReplyDelete
  9. wah..meriah..tahniah Angah..lepas ni perjuangan lebih mencabar ye..

    ReplyDelete