Wednesday 28 February 2024

McMing, akhirnya!

Dari KL East Mall kami ke Ramly Halal Mart di Batu Muda demi merealisasikan hajat nak buat McMing :D Orang dah berzaman cuba, Ummi baru nak try 😁

Mama Pia, inilah barang yang Ummi & Abang pun shopping tu :p 

Patty burger tu beli 2; ayam dan daging. 1 pack ada 5 kpg je, kami 6 beranak... Tapi ngam lah dengan roti oblong tu, 10 pcs/pack

Balik rumah bergotong-royonglah dengan Abang menyediakan juadah ni...

Tadaaaa.... McMing versi ibu dan anak :D 
Makan sebiji pun tak habis ni, besaq! 

Resepi Ummi copy dari Mak Cella
Terima kasih daun keladi, lain kali kami copy lagi :D 

Siang dah makan nasi Arab, malam tu ingat nak makan lite² je ... Tapi, ada juga rezeki nasi Allah takdirkan untuk kami malam tu...

Ada jemaah surau buat kenduri malam Nisfu Syaaban tu. Makanya McMing tu Ummi makan ½ je, sebab tergoda dengan nasi beriani ni aha! 

Alhamdulillah, McMing is done




25 comments:

  1. Besar ya bahagian Mc Ming rupanya.
    Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...bila ntah linda nk buat pun...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu...akk pun baru try ni padahal benda dah lama viral :)

      Delete
  3. ingatkan PH gi shopping handbag 👜 sempena hadiah birthday hehehe
    Rupanya shopping McMing boleh kenyang sekeluarga😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... Zaman tu dah berlalu Mama Pia. Skrg kalau shopping tu shopping barang dapur ja aha!

      Delete
  4. masak sdiri puas mkn....tk try pn lg..ada tgk kwn2 cuba

    ReplyDelete
  5. seronok bile dpt buat dengan anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang suka masak² ni...jadi kita bglah sokongan

      Delete
  6. Sedapnya, tengok. Memang ramai dah cuba buat McMing ni. Sampai patty burger oblong tu sering kehabisan, saya pernah baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dekat kedai biasa susah nak cari oblong ni sbb tu PH pergi kedai Ramly terus hibi

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah tuan, kenyang perut suka hati 😆

      Delete
  8. Wah…rajin buat 👏🏽
    Buat sendiri boleh adjust nak pedas mana. Kalau mcD punya tu agak pedas kat deria saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yg versi kami buat ni kurangkan Lada hitam, sesuai utk Adik makan sekali

      Delete
  9. Oh burger yang ni....sebenarnya kalau tak silap saya burger ni diperkenalkan masa saya part time lepasan SPM tahun 1993/1994 kat Mc ni la. Masa ni baru diperkenalkan burger ni. Bila kerja lebih 6 jam baru boleh makan burger ni. Ia juga diperkenalkan nak dekat raya cina.

    Kiranya lagi puas hati buat sendiri kan PH?. Burger ni kat Mc tu mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal satu Ezna, boikot pun sama. Sbb tu KA bagi resepi sbg alternative bg yg gemar PB tu...
      Tapi tahun ni takde iklan PB kan? Selalu masa CNY PB ni muncul...

      Delete
  10. Saya lagilah tak pernah mencuba lagi. Rancak juga orang jual McMing sejak KA buat haritu. Buat sendiri puas hati kan. Nampaknya McMing kalah dengan nasi beriani. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Nasi beriani selalu makan, McMing ni first time nak try. Laju je semua ngap 😆

      Delete
  11. curly fries dah ada dlm stok. oblong tak jumpa lagi.. kena cari juga ni. Buat pelepas craving prosperity burger.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada Ramly Mart dekat, cari kat situ Ily. Insha Allah ada stok

      Delete
  12. Wah....berprosperity ye orang Gombak...sedapnya..
    PH beli oblong tu berapa harga?
    Saya beli hari tu rasanya RM17 ++

    Balik Kedah baru ni tengok kat pasaraya @ Pendang RM10...plan sblm. alik KL nak beli la dalam 5 pack buat stok puasa..
    Sekali ..lupaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun takmau kalah dgn depa la hahaha....
      Oblong dgg dlm RM12, oblong ayam RM9.00++
      Sayangnya lupa... Tidak ka makan soq pun burger pa 🤭

      Delete
  13. Kadang kalau buat sendiri ni lagi puas makan

    ReplyDelete