Tuesday 27 February 2024

Lunch @ Qasar Balqis, Taman Melati

Lunch treat Sabtu lepas sempena birthday Ummi...


Sebelum pergi Walid buat reservation dulu. Nak walk in pun boleh sebenarnya, restoran dua tingkat; besar dan selesa berhawa dingin. Private room pun ada, caj lain agaknya. Masa farewell Ustaz GB SRAI dulu Walid pernah makan kat private room tu. 

Adik selfie dulu...
Belakang Adik tu staff sini,  tak sure they are Yemeni or people from other Arab region. Tapi, semuanya muka² Arab. Ummi ni terus feeling macam berada di Haramain ☺️ 

Kejap je tunggu, makanan sampai...

Hati Kambing. 
Dapat roti percuma untuk dicicah bersama. 

Main dish kami, Royal Mixed Grill
 
Katanya sesuai untuk 5-6 pax tapi portion-nya tak banyak sangat. 

Sedap memang sedaplah kan ... 

Walid top up lagi satu menu sebab semua macam tak kenyang je haha... Simpan perut dari pagi lagi ni, dekat pukul 3 baru lunch. Padanlah semua lapaq! 

Lamb Burmah. 

Set ni sesuai untuk sorang makan. Daging kambing dia melted in your mouth gitewww :p Sedap ya amat! 

Yang ditunggu², kunafa @ konafa... 
Sedap sangattttt! Alhamdulillah merasa juga kunafa yang katanya viral ni kan... 

Ratu Balqis kusyuk menikmati kunafa :p

Alhamdulillah kenyang perut, suka hati. Terima kasih atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya. 

Tq Walid belanja... Mudah-mudahan bertambah luas pintu rezeki utk kita sekeluarga 🤲

P/S: Alamat ada pada resit 👆

Memandangkan restoran ni berhadapan dengan KL East Mall, langsung terus kita ke KLEM pulak... 

Survey tiket Jungle Gym, mak ai mahainya ...

Takpelah diorang pun dah besar, lagi sesuai try aktiviti dekat Camp 5 sebelah tu rasanya. Tapi kena pre-book. Hari tu slot available time Maghrib, malaslah nak tunggu. Harga pun lebih affordable

Masuk Decathlon; Adik dan Angah masing-masing dapat bola sebiji, Kakak dapat jam seutas. Birthday Ummi tapi depa yang dapat hadiah 🤭

Selesai di sini, jom Ummi dengan Abang pulak nak shopping

To be continued ...

11 comments:

  1. kunafa makan panas2 sedap tapi bila dah sejuk tak siok lak makan. sini takda jual, merasa masa pi KL last 2 yrs, beli yg kat bukit bintang tu

    ReplyDelete
  2. cantik manisnya adik....masing2 happy la dapat juga hadiah birthday hehe,tak sabar nak tengok ummi shopping apa

    ReplyDelete
  3. sedap sungguh makanannya...

    happy belated birthday..

    ReplyDelete
  4. ada tgk tmpt ni sbb time tu tgh survey restoran...tp kami mkn kt Taj Hadramawt Restaurant...menarik ye kunafa kt sini

    ReplyDelete
  5. Kunafa ni pernah rasa juga....sesekali nak makan manisan arab ni.

    ReplyDelete
  6. Lebih bagus reserve dulu daripada walk in. Risau juga kalau walk in dah penuh. eh eh, pertama kali tahu ada menu hati kambing. Macam tak pernah jumpa menu hati kambing. Seronok masing-masing dapat menjamu selera.

    Happy belated birthday Ummi. samalah birthday kita di bulan Februari.

    ReplyDelete
  7. Comelny Ratu Balqis...
    Semoga semuanya dilimpahi rezeki melimpah🤲

    ReplyDelete
  8. Seronok masing² dapat menjamu selera. Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete