Monday 26 February 2024

Cucu Saudara in da House

Tengah beli Tealive tu Abg Anas call... Nak datang rumah jap lagi... 

Balik rumah Ummi cuma sempat masak wedges (guna air fryer) dan Abang goreng keropok. Tak sempatlah nak masak berat² pun, short notice :) Anak² buah Ummi suka macam ni tau, nak sampai baru call. 

Mula-mula  cucu² main Sahibba. Lepas tu Umar ajak Pakngah Nawfal main bola tepuk. Kata ibunya dari dalam kereta lagi dia dah sebut naik main bola tepuk dengan Angah. Dia ingatlah tu, tahun lepas datang rumah Toksu dia main bola tepuk :) 

Padang bolanya dah kena buang sebab dulu Tya terberanak atas karpet hijau tu huhu... 

Seronok betul dia main dengan Pakngahnya. Lepak macam taknak balik haha... Main, makan, mandi sambung main balik. Pukul 6.30 ptg baru gerak balik Kedah 😁

Nanti mai lagi tau! 




20 comments:

  1. Seronok juga rumah sekali sekala riuh rendah dgn kanak kanak bermain :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari² pun riuh cuti sekolah ni TT... Anak² bawa kawan² main di rumah 😁

      Delete
  2. yer...dia tak mahu susahkan... sebb tu datang mengejut mengejut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi, tak dapat makan sedap² Maksu dia masak :p

      Delete
  3. Seronok kan kalau keluarga sanak saudara datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ... Sambil makan sambil borak tu yg best tu

      Delete
  4. kalau gtaw awal, mcm2 mak su dia masak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg ralat tu Linda... Kita suka je masak² utk tetamu hihi

      Delete
  5. waaah PH dah ada cucu besar rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada...yg tua dari Angah pun ada Mama Pia :)

      Delete
  6. ada geng cuti sekolah main sama2 ..sronok la bdk2

    ReplyDelete
  7. wahh bola tepuk tu mainan masa kecil dulu dan bila tengok ni mmg ternostalgia pulak

    ReplyDelete
  8. Dah besar cucu saudara PH. Seronok dia main dengan pak ngahnya ya 😁

    ReplyDelete
  9. Bebudak sekarang macam tu lah. Dekat nak sampai baru call. Nasib rumah dah kemas. 😅

    Bola tepuk tu mainan favourite masa kecik. Bagus lah generasi sekarang masih main lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun nasib baik rumah kemas BK... Almaklumlah cuti sekolah sana sini mainan depa ja 😅

      Delete
  10. Seronok sebab ada gang yang ngam la tu....nak nak cuti sekolah pulak....

    ReplyDelete
  11. Bagus depa main permainan yang meransang mindaacam tu..Tak la memgadap game elwctronik ja walaupun anak anak akan kata game hp tu pun meransang minda juga🤭
    Tapi tak sama kan...

    ReplyDelete