Monday 19 February 2024

Paksu Maksu in da House

Balik dari Briskwalk @ UIA masuk ofis (baca: dapur) pula untuk sambut kedatangan Paksu sekeluarga. Jumaat Paksu ada meeting di KL dan Sabtu tu pula ada wedding anak kawan Maksu di Taman Melati. Alhamdulillah, cantik aturan Allah. 

Ummi ajak depa mai minum petang...

Ummi masak Mi Kari je, koktail by Adik dan Teh O Ais. Gambar tembikai lupa nak snap :) 

Selain tu order juga creampuffs Acik Solehah 2 boxes; satu untuk makan di rumah kami, satu untuk depa bawak balik. Sapa mai rumah kami wajiblah Ummi hidang creampuffs ni, sebab sedap. 

Depa sarapan creampuffs depa next morning. Simpan sini gambar ni sebab lawa. Nampak view KL dari homestay apartment yang depa sewa ni. 

Cakoi Maksu 'goreng tepi jalan' dan buah tangan dari pengantin ni dari wedding anak kawan Maksu tu. Ada kek coklat dalam bekas berbentuk hati, sweet

Sembang, makan, main, siap mandi tukar baju akhirnya dekat nak Maghrib juga depa beredar. Itu pun sebab nak ke Cyberjaya pula, rumah kawan Paksu. Sesekali mai KL kan, pusinglah semua tempat kan ...






19 comments:

  1. sedap nya cakoi...
    esok nak kena p beli cakoi nie...

    ReplyDelete
  2. Bila baca eh PH kerja rupanya sekali ada tulis dapur...ohhhhh....makanan macam cakoi dan creampuffs tu sedap lahai.

    ReplyDelete
  3. Untung pak su ada tempat transit kat kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang kerja, adalah tempat tidur disediakan Wak :)

      Delete
  4. Popular paf krim Acik Solehah dibawa 'jalan' sampai ke rumah inap.
    Kagum dengan PH bersemangat lepas jalan laju masak untuk tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah plan awal, prep bahan pun awal² bolehlah masak² utk depa... Kalau yg dtg tak bgtau tu mmg air bujang je NA :D

      Delete
  5. Wahhh.. mesti sedap creampuff tu, lama tak makan. Untunglah PSMS makan CP mengadap view KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH mmg tak cari lain dah CP ni mmg order dgn baker ni je... Inti lemak berkrim, manis secukup rasa. Sedap!

      Delete
  6. seronok kan bila ada orang sudi bertandang ke rumah.. teruja kita nak masak-masak makan ramai2..

    ReplyDelete
  7. Seronok sesekali terima tetamu kan..SA suka jamu tetamu..especially time perayaan...sekarang jarang terima tetamu sebab Mak Pah sakit kan...kena tunggu mak pah bersesia untuk berhadapan dengan tetamu semula..

    ReplyDelete
  8. kat belah sana mmg cakoi cicah ngn kuah hijau manis2 tu kan...sini jarang nk jmpa org juai cakoi, hehe

    ReplyDelete
  9. Best nya. Lama tak makan cream puff.

    Done follow! 😃

    ReplyDelete
  10. Cakoi tu goreng tepi jalan pun nampak sedap..view homestay tu lawo la

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa.. mee kari favorite saya!

    ReplyDelete
  12. Sedap2 semuanya. Betul la yang ditulis. Makanan apapun enak selama kita makan bersama dengan keluarga ❤️

    ReplyDelete