Monday 5 February 2024

Sukan F3 & Jamuan Kelas 3H

Hujung sesi persekolahan ni banyak aktiviti anak4 di sekolah. Abang ada futsal tournament, inter Halaqah 31.1. 

Alhamdulillah Halaqah Abang dapat tempat ke-2 dari 7 team (Halaqah). Tahniah team Warsh πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Habis main, Ustaz bawak gi shopping :D 

Penuh kereta UR dengan orang dan barang πŸ˜†

Lepas tu UR bawa gi piknik...

UR memang rajin layan anak¹¹ Halaqahnya πŸ‘

Sebelah petang pula ada jamuan kelas 3H, kelas Abang. Sama hari dengan jamuan kelas Kakak.

Dari F1 hingga F3 depa sekelas, tahun depan ikut aliran masing²-lah. Mungkin ada yang sekelas, mungkin ada yang tak sekelas lagi. 

Ahad sebelum tu ada sesi tukar² hadiah sesama depa, harga minima RM30. Abang dapat dompet dari Hasina. Dia pula kena bagi hadiah kpd Fatimah. Abang bagi buku. Adalah juga kenangan sepanjang 3 tahun sekelas. 

Ni masa jamuan...
Meriah menu depa... Ada nasi minyak, lauk ayam, limau Mandarin, kek tapak kuda dll... Kutip duit seorang RM10 kata Abang... Alhamdulillah kenyang sungguh Abang hari ni. Pagi makan, tengahari makan, petang pun makan lagi. Kenyang ya amat dia kata :D 






8 comments:

  1. tahniah team futsal abg dpt no 2 dr 7 team tu..time jamuan sekolah mmg paling happy para pelajar

    ReplyDelete
  2. Meriahnya makanan sampai nasi minyak pun ada....Form 4 dah kena ikut aliran yang mereka nak masuk tak pun sekolah yang tentukan selalunya. Masa batch Dania kat sekolah harian hanya ada aliran sains tulen dan aliran sains tulen agama. Bahasa pulak ada Bahasa Jepun dan Bahasa Tamil.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dan Tahniah Abang. Sebelum cuti sekolah hujung tahun memang macam2 aktiviti anak2 di sekolah kan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah abang and team, dapat tempat ke-2 daripada 7 team..Rezeki...Best aktiviti tukar tukar hadiah...hehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah team futsal abag..murah rezeki makan- makan dan dapat hadiah

    ReplyDelete
  6. Tahniah utk pasukan futsal abg.. makan makan dan hadiah tgh musim skrg ni :D

    ReplyDelete