Tuesday 6 February 2024

Chicken Buttermilk Che Nom Style & Nasi Ghee

Sebelum ni dah beberapa kali buat Chicken Buttermilk ni tapi kali ni Ummi ikut resepi Che Nom. 

Tedia, hasilnya sangat memuaskan hati dan semestinya resepi Che Nom ni akan jadi keeper recipe. 

Resepi: Ayam Buttermilk
Sumber: Che Nom

Bahan-Bahan: 
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk Salut Ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur - tak letak 
Sedikit garam
Air secukupnya - guna air sejuk Coway 

#Boleh guna tepung serbaguna di pasaran juga

Cara Penyediaan: 
1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati. (Ummi tak letak telur)
3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
6. Masukkan susu cair dan bawang besar/bawang Holland. 
7. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
8. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap! 

Ummi regukan dengan Nasi Ghee. Masak nasi macam biasa, cuma tambahkan garam dan buah pelaga. Bila nasi masak, masukkan beberapa sudu ghee (minyak sapi) dan gaul sebati. Siap! 

Klik untuk resepi lengkap: Nasi Ghee.  
Terima kasih empunya resepi. 

Rebus/celur carrots dan brokoli serta goreng telur sebiji, lengkaplah dah sajian ni. 

Selamat mencuba πŸ€—

12 comments:

  1. Bolehlah cuba try test buat nanti
    Nampak sedapnyer

    ReplyDelete
  2. Sedap, tapi Nona suka Kalau ada pedas pedas sikit..Baru leh habiskan makan..Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak cili lebih Nona :) Akk kena ikut tekak anak juga sbb Adik baru nak belajar2 makan pedas 😁

      Delete
  3. Arwah abah sy dulu, suka makan nasi dengan minyak sapi. Nasi panas², masukkan sesudu dua minyak sapi, kemudian tabur garam, gaul sebati cepat², terus makan begitu saja atau dengan telur mata. Mesti rasa Nasi Ghee tu seakan sama, PH.

    Dah lama tak masak Ayam Buttermilk.

    ReplyDelete
  4. PH....nampak sedap la..nak cuba la nanti...resepi dari Che Nom memang best dan sangat mudah nak ikut

    ReplyDelete
  5. Nasi letak ghee ni mesti bau wangi ni....

    ReplyDelete
  6. Kena makan panas2 ni sebab letak ghee huhuu.. sedap sedap..

    ReplyDelete
  7. buttermilk ni mmg sedap tambah pulak kalau pedasss sikit hehe

    ReplyDelete
  8. Lama CCL xmasak menu chicken buttermilk ni . Sedap terliur pulak . Chicken butter milk sedap dimakan panas-panas

    ReplyDelete