Thursday 29 February 2024

Renew Lesen Memandu

Boleh ye Ummi lupa nak renew lesen memandu, sebelum @ semasa birthday last week πŸ˜…

Jadi, awal minggu ni baru Ummi renew. Mujurlah tak kemana, sekadar ke masjid hantar Abang Angah solat Jumaat hari tu. 

Ummi renew di pejabat pos. Rupanya sekarang dah takde physical license, ada digital license (e-LMM) je. 

#LLM = Lesen Memandu Malaysia

Kena download MyJPJ Apps dan isi segala info yang diperlukan. Nanti klik pada profile nampaklah e-LMM kita tu. Ummi setelkan urusan di kaunter, masuk kereta, download apps pastu check profile dah siap dah e-LMM Ummi tu. Pantassss πŸ‘

Ummi screenshot siap² e-LMM tu, just in case ada roadblock ke apa senang nak tunjukkan... 

Nampaknya sekarang banyak perkara dah berubah ke digital kan. Nak tak nak, kita pun kena adapt dengan perubahan dan perkembangan semasa kan... 



10 comments:

  1. Itu lah. Semoga urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semuanya so far so good :D

      Delete
  2. Maknanya PH isi info di pejabat pos ya? Kemudian baru must turun aplikasi.
    Lagi suka ada kad fizikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urusan di kaunter utk bayaran dan scan driving license kita tu. Then baru download apps sbb rekod bayaran dan pembaharuan tu dah ada.
      Sama, sy pun suka lesen fizikal.

      Delete
  3. Dengar jugak tentang lesen memandu sekarang ni. Next year kena renew Insyaa Allah. Senang jugak tapi tu la rasa kena screenshot jugak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just in case takde line Internet ke, terlupa password ke bolehlah tunjuk SS tu Kak :)

      Delete
  4. Cie renew 5 tahun hari tu. senang. selalu lupa nak renew btw happy birthday PH. Semoga dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki.

    ReplyDelete
  5. Kalau tengah drive teringan lesen mati...boleh jadi tek keruan ooo...hihihi

    ReplyDelete