Monday 19 February 2024

Makan Kenduri @ Astana Puteri, Sri Gombak


Kenduri ke-2 di tahun 2024, undangan dari rakan jemaah surau, TH Razali. Majlis diadakan bersama antara kedua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan. 

Cantik sangat dalam dewan ni, rasa macam berada di alam lain ahak! Dengan hiasan dewan yang sangat memukau, ditambah dengan suasana selesa berhawa dingin memang sedap menjamu selera...

Semua pun sedap-sedap belaka 👍
Kuih dan laksa tu share² je dengan Walid. Nak juga rasa walaupun makan nasi minyak tu kenyang dah. Biasalah kan, dah semua terhidang di depan mata, semua nak rasa :D Kambing golek pun ada, tapi bukan rezeki kami. Walid dah beratur, tup² vendor kata kambingnya dah habis. Melepasssss! 

Kanopi luar dewan... 

Sebelah dewan ni ada kawasan lapang  milik kerajaan negeri. Ada pejabat Bomba Sukarela. Kanak-kanak seronoklah memanjat lori Bomba, sementelah abang² Bomba tu pun rajin melayan...

Jemputlah menyumbang ye 🤗

Sebelum balik tu sempat juga kami beratur ambil cendol. Panas lit² pekena cendol memang heaven

Minum dalam keta je, dah keluar dewan segan nak masuk semula. Bagi ruang tetamu lain pula duduk dalam tu. 

Buah tangan dari keluarga pengantin. Terima kasih TH Razali sekeluarga atas jemputan. Doa kami agar rumahtangga kedua mempelai disirami rahmah mawaddah dan sakinah dan berkekalan hendaknya hingga ke syurga 🤲


20 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat anaknda & menantu TH Razali. Betullah PH, walaupun dah kenyang makan nasi, nak jugak rasa kuih-muih tu, takkan nak pandang aje, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namanya kenduri kan SA, menjamu selera la kita kan :D

      Delete
  2. Meriah majlisnya..alhamdulillah rezeki kan.walau xde rezeki makan kambing golek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat kambing golek pun takpe, makanan lain pun dah sedap2...ayat sedapkan hati 😁

      Delete
  3. Kalau pengantin duduk dekat boleh anjurkan majlis sekali. Dulu kawan saya anjurkan majlis kahwinnya sekali jalan. Seorang tinggal kat Taman Tun, seorang lagi kat Ara Damansara. Jadi kos dikongsi bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, skrg ramai juga yg buat satu majlis je, byk boleh dijmatkan termasuk masa, tenaga dsbnya

      Delete
    2. Lepas tu bila masuk dewan...akan ditanya belah lelaki ke belah perempuan sebab akan dipecahkan ikut belah lelaki @ perempuan.

      Delete
  4. selamat pengantin baru buat kedua mempelai, moga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  5. Cantik hiasannya.

    Nampak lori bomba, bapak budak pun join sekali ni. 😄

    ReplyDelete
  6. waaahhh meriah majlisnya akak! di kawasan kejiranan Felda tempat sy tinggal pun ada juga Persatuan Bomba Sukarela tapi takde lori bombanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kutip dana kot utk beli keta Bomba kan..
      Sbb ni Bomba Sukarela.

      Delete
  7. Alhamdulillah ...Selamat Pengantin Baru semoga pasangan diberkati.
    Saya suka nasi kenduri.Kuih kawi gedik tu menawan selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gediks sungguh kaswi tu MC, pegang kena terus suap ke mulut, kalau tak jatuh 😂

      Delete
  8. selamat pengantin baru.. smoga kekal hingga ke jannah.. amin ya rabb

    ReplyDelete
  9. Nampak mewah dan elegant dekor dia ❤️❤️. Dah pasti makanan sedap kan. Sayang pula kambing gulingnya habis ya 😅

    ReplyDelete