Friday 9 February 2024

Dialog Prestasi & Balik Cuti

8.2.2024 | Khamis 

Khamis Abang sekolah lagi, berbanding 
adik³ yang cuti awal sehari. 

Sebelum boleh bawa Abang balik ke rumah kena mengadap cikgu² dulu, ambil result UASA. Result UASA ni faktor pemberat penempatan aliran Tingkatan 4 nanti. 



Alhamdulillah ada peningkatan skor Abang tapi masih banyak usaha perlu dilakukan untuk dapat keputusan lebih baik. Kena push dan ada kesedaran dan semangat yang kuat untuk belajar bersungguh-sungguh, tak boleh slow & steady sangat. SPM 2025 katanya memang akan diadakan pada tahun 2025, bulan 10-11 gitu. Tak drag ke tahun 2026 sebab ikut kalendar KPM tahun 2026 tu sesi persekolahan akan kembali bermula pada bulan Januari. 

Masa jumpa guru Halaqah pun, Ustaz cadangkan Abang habiskan hafazan bulan 6 nanti supaya dapat lebih fokus pada akademik. Bila khatam 30 juzuk, lebih ringan sebab sekadar ulang² hafazan. 

Merenung masa depan ke tu Abang? 

Selasa kot dia call bagitau terpilih masuk aliran Sains Tulen.  Frustrated mulanya sebab dia target aliran Agama. Yang Ummi ni pun siapkanlah surat rayuan tukar aliran, konon nak serah kepada Pengetua. Tapi, sekarang dah tetap fikiran nak ambil kelas Sains, lepas sekolah bagi taklimat aliran. Ummi Walid ikut je, walaupun mulanya Ummi pun risau. Tapi jumpa cikgu² semalam, semua encouraged Abang untuk kekal di kelas Sains. Cikgu² yakin dia boleh. Ummi pun restu je mana² pilihan dia sementelah dia dah buat istikharah katanya. 

Alhamdulillah tahniah dan syukur atas pencapaian Abang. 

Belanja Abang kopi, beli dekat kedai kopi sekolah. Beli juga croissant untuk adik³ dia. 

Selit sini jamuan penutup sesi Halaqah Abang. Ustaz beli nasi Arab dan jajan. Dah besar² pun makan jajan haha... 

Selamat bercuti anak-anak! 

5 comments:

  1. Semoga berjaya Abang. Ada keyakinan dan sudah buat solat istikharah.

    ReplyDelete
  2. Moga terus berjaya dan selamat cuti sekolah. Mak-mak pun dan mula pening fikir nak isi aktiviti anak-anak nih.

    ReplyDelete
  3. start cuti dah ni.. selamat berehat

    ReplyDelete
  4. Semoga Abang akan terus sukses.
    Dah nama pun anak², jajan tu sampai masuk U nanti buat kudap².

    ReplyDelete
  5. Seronok la Umi bila abang dah start cuti dah...murah rezeki anak- anak ni semua..semoga abang terus success ye

    ReplyDelete