Sunday 18 February 2024

Briskwalk @ UIA

17.2.2024 I Sabtu
ALMA Briskwalk @ UIA

Joined program ALMA di UIA semalam. Target 30 keluarga, yang hadir 16 keluarga, oklah kan? Bila first event briskwalk ni Ummi tak tahu 🀭

Starting point di Kuliyyah of Economics & Mgmt Sciences (Kuliyyah Econs). Di UIA ni, fakulti disebut Kuliyyah. Tak jadi berkumpul di stadium agaknya. Turut bersama kami, Head Alumni Division UIA, Tn Ilmyzat. Kuliyyah Econs dan Kuliyyah Laws (KL) antara Kuliyyah² awal di kampus utama UIA di Gombak ni. Alumni KE antaranya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dan KL pulak YB Fadhlina Sidek. Tu antara yang glamour lah... Dekat notice board Alumni tu ramai lagi termasuklah para menteri, pegawai tinggi kerajaan, agamawan, artis, dll...

Kuliyyah of Laws, wajiblah ada moot court kan... 

Anak soleh minta snap gambar :) 
Kampus lengang sebab tengah cuti semester sekarang. Yang ada mungkin international students tapi itu pun tak nampak pulak, mungkin di bilik masing-masing. 

Sampai library dah! Suka sangat design dan struktur binaan kampus utama UIA ni. Atap hijau, bangunan dicat warna earth. Lawa! 

Masjid ni lawa... 
Ada dataran luas kat depan ni...  

We played tourist that day 🀠

Di Kuliyyah Islamic Reveal Knowledge & Human Sciences (IRK & HS). Dekat Kuliyyah ni la Abang kata nak belajar sebelum ni, tapi sekarang dapat kelas pure Sains, nak masuk aliran Sains pula. Ummi restu je mana² aliran pun, janji Abang minat dan buat sehabis baik. 

Kuliyyah of Engineering. 
Ni lain sikit design dari KE & KL tadi. 

Kuliyyah of Architecture, lawa betul... Mentang² lah depa arkitek haha... 

Hasil karya pelajar Architecture. Kata Tn Ilmyzat course ni antara yang bagus tapi kos pengajiannya agak mahal. Material  projek macamana ni mahal, kena beli cooper untuk hasilkan arca (?) ni... 

Sukalah persekitaran UIA ni, redup je dengan pokok² besar. Dengan angin pula bertiup, alhamdulillah tak terasa jauh pun berjalan. 

Cuaca cerah, langit membiru cantik sangatlah hasil bidikan kamera phone masing-masing pun :) 

Azman Hashim Complex. Sini kiranya business center-lah; ada bank, cafe, multi purpose hall, kedai fotostat dll... Kanopi putih tu Richiamo Cafe. Dalam UIA ni juga ada CU Mart, Mykori... 

Bangunan pentadbiran UIA. 

Katanya wajib bergambar di tangga besar ni... Jadi, kami pun ambillah kesempatan memotret kenangan di sini. Boleh tahan masuk air juga kawan² Ummi ni, siap rekod video ucapan raya dari perantauan πŸ˜‚ 

Akhirnya kami kembali ke KE, untuk majlis penutup dan pemberian hadiah kepada semua peserta. Total distance covered 4.7km, 7667 steps πŸ’ͺ

Alhamdulillah satu program yang menarik dan sangat mengujakan. Bayangkan ada di antara kami ni dah berpuluh tahun tak berjumpa. Kira macam reunion jugalah program ni pun. Sebenarnya ada beberapa kali juga ALMA buat program tapi sentiasa tak berkesempatan nak hadir. Alhamdulillah kali ni diberi kesempatan oleh-Nya walaupun jadual padat hari ni :D 

Jadual asal program hingga jam 10.30 pagi, tapi singgah sana singgah sini pukul 11 lebih juga habis. Udahnya kita brunch teruslah di kafe kolej. Alang² masuk UIA, pekena Nasi Arab sepinggan :D 

Sebelah petang ada agenda lain pula :) 














20 comments:

  1. Bagusnya anjurkan program reunion macam ni. Yang paling best, nasi arab tu, hahaha.

    ReplyDelete
  2. lady x pernah pergi ke uia.. cantik... hasil kerja seni pelajar tu pun cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kesempatan datang lah. Cantik UIA ni...

      Delete
  3. cantik2 bangunan UIA...linda pun tak pernah masuk...org awam boleh masuk kot...tak jauh dah dengan selayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya sbb kitorg kadang² gi stadium UIA tu, tak pernah lagilah kena tahan :)

      Delete
  4. UIA Kuantan pun kadang ada buat event brisk walk dll dapat jemputan dari jiran2 yang kerja di UIA

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik gambar bangunan UIA tu. Part bergambar beramai siap buat ucapan raya tu moment yang pasti menarik kalau di upload dekat nak raya nanti.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah purpose-nya hihi...
      Next time pakai baju raya baru lawa :D

      Delete
  6. Seronok lari laju dalam UIA. Cuci mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terasa penatnya sebab byk sangat berhenti bergambar 😁

      Delete
  7. Dah pergi tempat Suzi ya....tapi Suzi kat Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL). Pernah juga ke UIA ni sebab ada ambik exam kat sini.

    ReplyDelete
  8. Best tu briskwalk sambil playing tourist ambil gambar sekitar UIA.

    ReplyDelete
  9. seronoknya.....santai2 je.. stop amik gambar bagai..memang best!!

    ReplyDelete
  10. Cantik betul gambar2 ni semua....brisk walk santai2 yang paling best..sambil2 abadikan gambar...

    ReplyDelete
  11. yang penting lepas briskwalk kena isi perut tau heheh

    ReplyDelete
  12. Belum berkesempatan jejak kaki ke UIAM walaupun dulu dekat je dengan tempat belajar.

    ReplyDelete
  13. cantiknya Kuliyyah of Architecture tuuu

    ReplyDelete
  14. Ya lah kak, kita restu saja jurusan apapun yg anak2 mau, asalkan mereka benar2 serius di sana kan. ☺️. Salah satu impian saya, nak kuliah kan anak2 di Malaysia. Tak terlalu mau di Indonesia, karena segi biaya yg jauh lebih mahal. Tak paham saya, kenapa semua sekolah di sini bisnis sangat. Terlalu mahal.

    ReplyDelete