Thursday 29 February 2024

Kari Udang + Kacang Kelo

Jiran India kami, Aunty offer Kacang Kelo dari pokoknya. Barulah Ummi tahu orang India panggil kacang kelo, sedangkan kami panggil kacang munggai :D 

Dah siap potong...

Kacang Kelo yang belum dipotong, bergambar bersama maruku dan bahulu buah tangan dari cucu saudara.

Aunty pesan kalau nak simpan lama, cukup sekadar potong (jangan basuh), balut dengan suratkhabar, bungkus dgn plastik then simpan dalam peti ais. Kalau betul caranya boleh tahan berminggu² katanya. 

Ummi takde simpan², pergi pasar hari minggu terus beli udang. Bergulailah kita... 

Sambil tunggu Kari Udang + Kacang Kelo ni masak, Ummi sediakan Kerabu Pucuk Paku. Almaklumlah Kerabu Kacang Botor kita dapat pujian seisi rumah, jadi kita repeat dengan pucuk paku pula. 

Kasar lahai hirisan bunga kantan tu... Sebabnya bunga kantan tu frozen, dia jadi lembik dan liat. Pisau pulak tumpul kemain πŸ˜…

Siap! 

Jom...

Pinggan Ummi.
Makan ulam wajib ada ikan masin, modal nak tambah nasi :p 

Alhamdulillah, syukur selalu. 






 

14 comments:

  1. Rasanya tak pernah makan kacang kelo.. Saya follow sini. Jemput follow juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq sis follow kita 🌷

      Delete
  2. wahh sedap mkn ulam nih., hehe

    ReplyDelete
  3. Sedap tu PH..Kami panggil buah munggai..dapat nyonyot macam makan coki coki kan..

    ReplyDelete
  4. siap.... hihi.. bestnye masak2.. hr ni Ldy masak nasik lemok cincai.. nasik masak ngn santan campur garam, goreng telur dadar.. makanlah anak2.. aslkan kenyang.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, asalkan kenyang. Almaklumlah cuti sekolah ni asyik lapar je bebudak pun :D

      Delete
  5. First time nampak kacang ni. Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni biasa ditanam di kawasan perumahan BK ... Senang tumbuh katanya

      Delete
  6. CCL panggil buah munggai . Memang banyak pokok ni kat kawasan perumahan taman .buat kari, buat gulai sedap

    ReplyDelete
  7. India selalu panggil "murugga kai"...kai tu maksudnya macam batanglah. rasanya org melayu yg panggil kacang kelo kan?

    ReplyDelete