Monday, 14 April 2025

Nasi Ayam De Faza

Restoran De Faza ni memang port favorite kami anak beranak kalau nak makan. Juadah sarapan menarik dan banyak pilihan, kalau makan tengahari pun sama ada pelbagai pilihan lauk pauknya. Selain tu ada juga Nasi Ayam. Sebelah petang ada goreng² pula. Itu yang kami suka datang ke sini, boleh makan sedap² anytime

Sabtu lepas Sukan SRAI tu kami singgah lunch di sini, utk ke sekian kalinya :D 

Ummi dengan gegirls ordered Nasi Ayam. 
Nasi Ayam De Faza ni one of our favorites 👍🏻 

Harga RM8.50/sepinggan. 

Walid ambil nasi campur. Tak ambik dah gambar sebab kelaparan semuanya 😆 

Ni pulak Ummi belanja TL lepas penat berlatih Khamis tu. Bak kata Cik Lia, budak² SRAI ni suka sungguh dengan TL. Itulah, suka betul depa dgn TL. Ummi tak boleh minum banyak, perut rasa sebu/kembung. Lagi suka Teh Ais mamak ahahaha... Perut old school 🤭

Sunday, 13 April 2025

Sukan Tahunan SRAI 2025

Hari sukan sekolah SRAI kali ni bermula right after cuti raya; 8/4-12/4/2025. Setiap hari ada latihan sukan, latihan perbarisan, persiapan prop dsbnya. Pakai baju sukan je anak² minggu ni. Sukalah Ummi pun tak payah gosok baju sekolah :D 

Rabu 9/4 acara merentas desa
Patutlah sekolah buat awal, rupanya minggu ni dah ada MSSD Merentas Desa Gombak. Merentas Desa sekolah hari tu utk selection ke MSSD ni la. Pemenang tempat 1-5 automatik terpilih ke MSSD. 

Khamis tu dah mula Acara 1 untuk sukaneka. Adik bawa balik medal seketul; 

Tahniah Adik & kawan² 💙

Jumaat Ummi sempatlah luang masa sikit tolong cikgu rumah biru buat prop... 

Ketar tangan Ummi bila Cg Farah minta tolong gunting kain 😅 

Kemuncak minggu sukan ni ialah pada Sabtu 12/4. 

Acara diadakan di Stadium Saidina Hamzah, UIAM. Kali kedua Ummi hadir acara sukan SRAI di SSH ni. Kali pertama tahun 2018, Abang & Angah beraksi di SSH ni. 

Tema perbarisan tahun ni perbankan/insitusi kewangan. 

Bank Nuri 💙
Berseri bila kain oren tu digandingkan dgn baju biru depa ni. 

Rimau Bank 💛
Dasatttt gimik depa, ada drone ye... Ada parents sponsored rasanya. 

Octo Bank ❤️
Tabung Hijau 💚
Tak sempat sangat nak snapped gambar rumah² lain sebab Ummi tolong cikgu² rumah biru siapkan murid-murid. 

Credit: Sir 
Pinjam gambar Sir la lawa sikit 😅

Yang hujung kanan tengah masuk barisan tu anak² SRA. Tahun ni depa joined sekali acara kemuncak. 

Kakak masuk acara 4x100 P T6 wakil rumah biru. Dia pelari ke-4, lari sama² dgn bffs; Danisha & Izz. Bff Nurin pelari ke-2 rumah kuning dan bestie Medina pelari ke-3 rumah merah kot. Semua geng dia :D 

Hasil tuaian Kakak utk tahun terakhir di SRAI ☺️

Adik pula utk Acara 2 Sukaneka ni dapat #4. 

Well done Adik Kakak 👏🏻👏🏻👏🏻

Kedudukan selepas kejohanan;
💛
💙❤️ Kongsi mata 
💚

Tahniah semua warga SRAI! 

Kenangan #4beradik beraksi di SSH UIAM. 

Alhamdulillah. 





Simple Dinner 12/4

Separuh hari juga kami berada di luar rumah. Lunch pun dah lewat, almost 3 pm. Jadi untuk dinner ikutkan malas nak makan nasi dah, tapi sayang ada baki nasi sejuk jadi goreng sajalah.

Lately suka guna NGK Xtra Pedas keluaran Adabi ni. Memang pedas ye, tapi sedapppp 👍🏻

Letak telur dgn ikan bilis je. Sayur takde yang sesuai nak dimasukkan dalam nasi goreng ni. Takpelah, kita buat dia kan... 

Daging Goreng Belengas. 
Awal pagi dah keluarkan daging yang siap direbus ni jadi masaklah juga buat lauk. 

Ummi suka makan nasi goreng dengan telur masin. 

Anak² senyap² order Megi Goreng dekat Walid depa, masa Walid nak ke laundry lepas Maghrib tu. Geram betul tengok telur kuning cair tu 😋 

Alhamdulillah. 

Saturday, 12 April 2025

Buah Gajus, Buah Muyu & Pokok Letup-letup

Balik raya hari tu sempatlah kenalkan anak⁴ dengan buah² nadir yang jarang² dah nak jumpa sekarang ni. 

Buah Gajus 

Buah gajus atau Janggus/Jangguih. Ada jenis yang bila masak buahnya berwarna merah. Terpegun la sekejap anak⁴ bila ditunjuk biji buah ni yang berada di luar tu. Selalu dengar je teka teki buah apa biji di luar tu. Kali ni depa tengok depan mata buah gajus ni. Biji buah ni kami dulu suka bakar. Buahnya tak makan sangat tapi bijinya ni jadi rebutan. Sedap berlemak. 

Buah Muyu 

Ummi nampak buah warna merah  ni berguguran di tanah. Macam kenal buah ni. Tanya Tok Cik betullah katanya Buah Muyu. Silap pulak tak snapped gambar buahnya di tanah tu. Dalam gambar ni tak nampak sangat rupa buahnya. 

Tinggi pokoknya pun... 

Pokok Letup-letup 

Banyak pulak Ummi nampak Pokok Letup-letup ni di rumah Tok Ayah balik kali ni. Ada khasiat perubatan kan buah ni. Ummi tengok dekat TT sorang ni, orang Columbia pun ada tanam pokok ni. Depa panggil ground cherry

Gemuk pokok yang ni, berbuah sampai ke tanah :D 

Dekat rumah kami pun ada sepokok, Adik tanam benih pokok bunga, tau² pokok letup-letup ni yang tumbuh. Biji benih bunga tu tak hidup pulak 😅 

Pokok letup-letup jenis menjalar pun masih ada  di depan rumah kami ni. Tumbuh meliar je. 

Friday, 11 April 2025

Buat Ketupat Palas

Daun palas yang Tok Ayah bagi tu sebahagiannya Ummi dah buat ketupat palas semalam. 

Proses buka dan cuci daun. 
Ummi buat 1kg pulut dulu, tak larat nak buat banyak² sekaligus sbb tak berapa pro :) Proses paling lambat nak balut ketupat (proses isi sarung ketupat dgn pulut yang dah dimasak dgn santan).  Kalau yang dah mahir macam Maklang Di, Makngah sekali hadap 2-3kg pun depa boleh. 

Pulut dah masak, bolehlah balut ketupat . Balik raya hari tu minta tips dengan Maklang Di, dia kata kalau nak frozen-kan ketupat kena cukup lemak, baru sedap. 1kg pulut kena letak 1kg santan. 

Siap balut. 

Kukus sambil masak nasi (guna 2-in-1 rice cooker & steamer) beberapa biji untuk Walid berbuka. Alhamdulillah lemak elok ketupat Ummi kali ni. 

Walaupun tak pandai mana, tapi setiap kali raya kalau ada daun palas Ummi buat ketupat palas ni; to keep the tradition alive plus mengimbau kenangan menyediakan persiapan raya dgn arwah Tok dulu. Harapnya adalah antara anak⁴ Ummi yang akan warisi kemahiran ni. Ketupat palas ni juadah wajib raya kami, khususnya belah my family

Rezeki semalam juga dapat keropok kering dan kek marble dari Aunty Ariha & Mama Danisha respectively. Alhamdulillah. 

Thursday, 10 April 2025

Recap ~ Week 14, 2025

Week 13 ✅
Week 14: 2/4-8/4/2025

2 April = 3 Syawal kami masih di kampung. 


Lepas BBQ tu Mak Uda layan depa main Jutaria.Pukul berapa tidur pun tak tau. Dah besar² dah cucu Tok Ayah, masing² pandai bawa diri dah. Tidur pun dengan sepupu², tak layan dah Ummi Walid ni 😅

4 Apr = 5 Syawal home sweet home

5 Apr duduk rumah kumpul tenaga 😁
Anak⁴ baru kelam kabut nak buat homework dsbnya. Balik dari asrama cuti raya hari tu Jumaat, Sabtu dah gerak balik kampung . Duduk di kampung sampai the following Jumaat so Sabtu ni je la yang ada untuk siapkan segala homework

Ahad 6/4 kami beraya di rumah Tok Tam. Dah kenyang makan berdesup hantar Abang dan Angah balik ke asrama. Alhamdulillah Ahad tu tak jammed sangat. 

7/4 Ummi regi untuk jadi petugas CP 💪🏻
Semangat ye sebab tahun ni Kakak last di SRAI. Cipta kenangan untuk dia dan Umminya juga ☺️

Alhamdulillah. 

Bunga di Laman

Selain risaukan 'bunga nan seekor' ni, Ummi juga asyik teringat pokok² Ummi masa balik raya hari tu. Ialah, hari² kita siram, kita belai terpisah seminggu tu pastilah teringat dan sesekali risau juga takut mati dek cuaca panas membahang. 

Pagi Isnin tu barulah ada masa nak belek² pokok depan rumah. Yang diluar pagar alhamdulillah semuanya hidup except anak² cili yang baru nak bertunas. Maknanya ada hujan jugalah sepanjang kami balik kampung tu alhamdulillah. 

Pokok ros hadiahkan Ummi sekuntum bunganya 🩷

Mini sunflower ni pun berbunga juga 💛

Paling surprised tengok anak pokok telang ni dah berbunga! Pokoknya baru 2 jengkal kot tingginya tapi dah berbunga ye 💜

Kenit je kan... 

Ni pula Morning Glory, bukan Ummi tanam tapi tumbuh meliar dekat tempat Ummi parked kereta masa jaga checkpoint merentas desa kelmarin tu. Cantik kan? 

Ni pula bunga raya, snapped di rumah kawan Ummi raya hari tu... Ummi minat bunga raya tapi so far belum pernah tanam bunga raya. 

Senang tak nak jaga? 

Wednesday, 9 April 2025

Jaga Checkpoint Merentas Desa 2.0

Kejadian 9 Syawal 1446H. 

Kali pertama Ummi jaga checkpoint merentas desa SRAI, tahun 2023. Tahun lepas Ummi tak joined sebab kurang sihat. Tahun ni Ummi buat comeback ye :p 

Cuaca cantik alhamdulillah.
Yang berceracak tu tiang² ECRL. 

Apa² Hal pun 'isi tangki' dulu:D 
Sedap nasi lemak sekolah sediakan ni. 

Route map. 
Jauh juga tu. Ada laluan berbukit juga. 
Ummi kali ni kena jaga checkpoint (CP) jauh ke dalam kampung. Good experience utk Ummi juga sebab kalau sesaja nak masuk ke dalam kampung ni memang tak la kan. 

#CP18, Ummi jaga. 
Berbukit sikit laluannya tu ... 

Kali ni Ummi lebih bersedia :D 
Jauh juga kena berjalan dari sekolah nak ke CP ni, berpeluh jugalah. Ada kipas² ni legalah sikit. 
Eh, jangan kata Ummi je, budak² yang lari ni pun siap bawa kipas bagai ye 🤭

Pakcik owner rumah ni bagi Ummi pinjam kerusi :) 

Ada monyet pulak atas pokok ni 😅
Escape plan Ummi kalau dia datang dekat Ummi nak lari ke rumah Pakcik tu :) 

Dalam pukul 9, peserta pertama dah sampai di CP Ummi jaga ni. Well done Sayyidah 💛 ! 

Antara Top 10  gegirls 👍🏻

First lelaki of course MF. Rasanya dah 3 tahun berturut² dia juara merentas desa SRAI ni. Tahniah! 

My girl 💪🏻💙
Dalam kelompok 20 terawal juga. 
Rupanya dia muntah² bila sampai di sekolah. 
Perut kosong agaknya sebab makan ayam goreng je utk alas perut. Takpelah Kakak, bukan rezeki Kakak kali ni. Merasa dah dapat Top 10 tahun 2023 & 24. Ayat nak sedapkan hati Ummi sendiri ahak! 

Sementara murid² Tahap 2 merentas desa, murid² Tahap 1 ada pertandingan mewarna di dewan sekolah. Tak tahulah menang ke tidak Adik tu. 

Balik dari sekolah, Ummi terus singgah di Restoran Sri Ayu. Awal² masih ada parking situ, plus orang tak ramai lagi. 

Ini baru jaga CP, belum merentas desa lagi :p 


Iklan jap 👇🏻
#Anamizu @ Ana, kenapa Akk tak boleh komen di blog Ana ye? Dah 3-4x try tapi tak boleh. 
Ada yang bermasalah macam PH?