Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Tahun 1444H/2023M (MTHQK2023) sedang berlangsung. Tahun ni Pulau Pinang jadi tuan rumah.
Tahun 1444H/2023M (MTHQK2023) sedang berlangsung. Tahun ni Pulau Pinang jadi tuan rumah.
Ummi pun hampir terlepas pandang sebab kebiasaannya majlis tilawah ni diadakan di bulan Rejab. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni memang bukan lagi diadakan pada bulan Rejab. Sejak kecil Ummi dah follow acara tilawah ni. Ianya seakan satu bentuk hiburan untuk orang tua² di kampung Ummi. Bila tiba majlisnya kami berkumpul di rumah arwah Wan Lang untuk sama² mendengar bacaan ayat² suci Al Quran. Wan Lang ja antara yang terawal ada TV di kampung kami. Sebab tu sampai sekarang Ummi tak lepas peluang ikuti siaran langsung acara ni di kaca TV. Dah jadi tradisi :)
Peserta malam kedua, Isnin.
Qari dan Qariah Perak baca sedap. Tapi, bila turn Qari N9, mantap betul suara dan taranumnya.
Hjh Amy ni memang geng taranum. Dia kenallah circle geng ngaji ni... Ummi takat kenal di TV ja :) Qari Kedah, Sdr Fawwaz Hamdi, pernah nampak masa Tadarus Al Quran bulan puasa hari tu. Qari Kelate pula khabarnya OKU penglihatan. Ummi tengok takat Qari Kedah je. Hari sekolah tak leh stay up sebab selagi Ummi tak tidur, budak³ sekolah tu pun tak tidur.
Sebelah pagi dan petang pula acara hafazan. Pukul 0900-1230 dan 1400-1630 sepanjang MTHQK ni (12-16/6/2023). Ada kategori Juzuk 1-5, ada yang Juzuk 1-30 dll. Selain soalan hafazan, ada juga soalan tafsir dari juri/hakim. Satu soalan terjemah ayat Al Quran (B.Arab > B.Melayu) dan satu lagi juri bagi terjemahan ayat, peserta kena bagi nas-nya (ayat Quran tersebut). Tough ujiannya. Tapi para peserta tenang je... Dah depa memang hafal kan.. Peserta Sabah (Juzuk.1-30), menyerlah semalam. Nama pun sedap, Dian Karisma.
Nak snap gambar peserta, ter-snapped pula gambar idola :D
Ustaz Tirmizi salah seorang juri. Dapatlah juga dengar kelunakan suaranya bacakan ayat² suci masa bagi soalan kepada peserta. Tenang jiwa ☺️ Sebenarnya bila berada dalam majlis² sebegini (walaupun sekadar di kaca TV) dapat rasa aura tenang dan tenteram tu kan?
Ada beberapa hari lagi, yang berkesempatan bolehlah sama² kita tonton MTHQK 🤗
Memang... kalau orang tua mmg pasang kuat² bila MTQ kat tv, x kisahlah kebangsaan ke antarabangsa ke
ReplyDeleteSeronokkan, lepas pakat jadi juri, komen itu komen ini haha...
DeleteYg antarabangsa pula seronok dengar sbb cara bacaan mereka lain dari kita, rasa excited nak dengar :)
lepas ni di WTC KL pula kan, peringkat antarabangsa. dulu2 kak ana rajin gak pii sebab masuk free kan dapat duk dewan merdeka kadang2 masuk tv hehe :)
ReplyDeleteSy belum pernah tengok live... tp seronok tengok audiences dtg dgn keluarga semua...
Deleteustaz dan ustazah sekolah anak2 peserta hafazan. mewakili negeri melaka...
ReplyDeleteWah terbaiklah... Yg hafazan muda2 lagi kan, students dsbnya
DeleteSelalu tengok antarabangsa punya kat TV 1 tu..Huhu..Merdu Merdu semuanya...Syahdu...
ReplyDeleteUnik bacaan qari & qariah antarabangsa... seronok dengar..
DeleteTiap kali disiarkan kat tv1, Pak Zain akan duduk diam depan tv ngan AL-Quran di tangan, dia dulu johan Qari Kementerian Kesihatan N9...sejak dah pencen dia dah tak masuk mana- mana pertandingan dah
ReplyDeleteMesti sedap suara Pak Zain mengaji ni... johan la katakan...
DeleteSaya tengok yang hafazan. Itupun tengok sekejap sebab hendak tengok #Qurantime.
ReplyDeleteSy minggu ni tengok MTHQK je :)
DeletemasyaAllah., wak ada simpan niat nk tgk tilawah quran live ., huhu
ReplyDelete