Wednesday, 19 March 2025

Recap ~ Week 11, 2025

Week 11: 12/3-18/3/2025

Kad khairat kematian ni khabarnya awal tahun ni diagihkan tapi kami tak dapat. Makanya terpaksalah follow up dgn SU Surau, PIC bahagian khairat kematian surau dan juga pejabat masjid bila mana kami tak dapat kad khairat kematian ni. Yang kalut sangat tu sebab kad T&G, boleh la digunakan. Kalau semata² kad ahli, gunanya hanya bila berlaku kematian. 

Rupanya kad ni kami dah dapat tahun lepas lagi, dok elok tersimpan 😆 Kesian SU Surau pun terpaksa 'gegau' pejabat masjid cari kad kami. Minta ampun ye boss 🙏🏻 

Berminggu² jugalah dok berkisah hal ni, sebelum semuanya setel mid March ni. 

Adik dapat hadiah dari Ustaz sebab dapat hafal (tak ingat surah apa). Ada snapped gambar dia pakai mafla ni tapi dia tak bagi share. Dah besar, pandai malu dah. 

14/3 Ummi dapat bingkisan raya dari Mama Nurin. 

15/3 Walid servis keretanya. Pergi 2 kereta sebab kereta Walid tinggal utk service, kereta Ummi pula kami nak bawa grocery shopping. Ni Ummi dok menunggu dalam kereta Ummi, sambil layan lagu jiwang di Sinar FM. Dah 40-an memang layan Sinar je la :D Kos servis RM500+. 

16/3 Walid bawa King ke bengkel Tauke Leong. Tukar tayar, buat balancing alignment semua around RM700 juga. Dapat mini soup bowl ni. Memang pandai TL ni ambil hati Ummi 😆 

Banyak expenses utk kereta sebab nak balik beraya nanti kan, plus dah cukup mileage utk service. Alhamdulillah tax refund dapat just in time utk semua² ni. 

17/3 Adik Kakak cuti sempena Nuzul Al Quran. 

18/3 Masuk surau sekolah Abang nak solat Asar, masa meeting PIBG tu... Eh macam kenal suara imam ni. Rupanya anak soleh kami yang jadi imam. Sejuk perut Ummi ☺️




6 comments:

  1. Wahh... abang rupanya jd imam ek... alhamdulillah tahniah abang

    ReplyDelete
  2. memang maintenance keta byk pakai duit tp keta kan keperluan...ari tu MZ renew insurance my brv, RM1k gak laaa tak termasuk road tax...keta tu dh umur 6 tahun pun tp insurance masih cecah seribu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah untuk anak PH ya. Sejuk PH mengandung ya...

    ReplyDelete
  4. fuhh...jenuh servis dua dua kereta...comel je mini soup bowl tu

    ReplyDelete
  5. Update terus seminggu dalam 1 entry ye. Hihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat soup bowl cantik kaler tu...alaa x buat e-filing lagi la...minggu depan la kot...masa xde banyak kerja...

    ReplyDelete