27 Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Jumaat 💚
Keluar awal dari rumah takut bertembung dengan kenderaan nak ke Pata Timo :) Nampaknya clear lagi nak hala ke Tol Gombak tu. Alhamdulillah pergi balik ambil gegirls lancar. Walid pula uruskan anak² asrama.
Abang tolong kaitkan buah belimbing buluh yang tengah lebat di pokok. Maghrib tu Walid bawa ke surau utk disedekahkan. Dari terbiar atas pokok elok sedekahkan je.
Yang sampul purple tu untuk Ummi. Hai la makcik sorang ni :D
Tapi seronok tau dah tua² ni dapat duit raya haha... Tak kisah pun jumlahnya tapi rasa besar hati bila dapat duit raya tu.
Tahun ni Ummi lupa nak order tapi ada juga rezeki nak makan kek buah ni.
Dan untuk berbuka semalam....
Lama dah dok teringin, makanya utk 27 Ramadhan ni Ummi masaklah NL. Nak habiskan juga stok telur, kentang dsbnya sebelum balik kampung.
Rebus dulu paru tu, then gaul bersama TB dan telur. Perap la sekejap then goreng dekat² nak berbuka. Panas², garing² baru sedap.
Sambal Tumis Bilis pun menjadi wpun Ummi puasa. Semuanya main agak² je la tak rasa² pun masa masak tu. Alhamdulillah menjadi. Telur rebus tak cantik, telur lama kot. Kuningnya tu tak berseri :(
Alhamdulillah.
# Hati² semua yang balik kampung.
Fi hifzillah 🤲🏻
Selamat berbuka puasa.
ReplyDeleteSedapnya, PH, nasi lemak ada paru goreng! Telan air liur saya baca entri ni.
ReplyDeleteParu goreng salut tepung tu memang yummeh!
ReplyDeletesedapnya nasi lemak paru goreng garing²..
ReplyDeleteBelum berkesempatan buat nasi lemak bulan puasa ni.. nanti lah raya² masak.
ReplyDeleteTeringin nak makan nasi lemak plak ha...sedapnyaa..suami dh berzikir tanya bila nak buat nasi lemak
ReplyDelete