Letak sedap dekat tajuk tu sebab nak mudah ingat sebenarnya. Hati masak style ni selalu jumpa di kedai² makan.
Kalau versi Ummi biasa makan/masak, goreng hati dengan bawang cili dan letak kicap serta kacang panjang kadang² tu.
Jadi, simpan sini resepi Hati Goreng Kunyit Sedap yang Ummi dapat dari TikTok ni.
1. Gaul hati dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan hati dan gaul sebati hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram, kaup balik hingga semua sekata.
4. Bila hati masak, masukkan hirisan cili, bawang besar/Holland.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perisa secukupnya. Tutup api. Siap!
Selamat mencuba 🤗
Hati sikit, hirisan cili, bawang sikit… makan dengan nasi panas. Dapnya! Aduhai, terliur!
ReplyDeleteBetul Farrah 👍🏻
DeleteUish sedapnya!
ReplyDeleteYelah, biasa saya ambil lauk hati masak begini di kedai makan. Tapi tak pernah cuba masak sendiri. Thanks resepi, kalau nak buat boleh cari di blog PH.
Sila² PU 🤗
DeleteUish... kalau hati masak cam ni uncle memang suka benar! Gaul2 dengan nasik! Fuh!
ReplyDeleteKita geng la Uncle 👍🏻
Deletesedap kalau dapat hati ayam segar-segar lagi kan PH :)
ReplyDeleteBetul Kak Ana 😋
DeleteBiasanya memang begitulah masak hati kan PH. Tak ketinggalan masukkan hirisan kacang panjang sikit.
ReplyDeleteSy baru tahu resepi ni 🫣
DeleteSelalu Sy goreng dulu hati tu Kak Amie. Dah masak baru masuk bawang dan cili. Then renjis dgn kicap.
Sedapnya PH, hati goreng garam kunyit ni.
ReplyDeleteSedap Kak 😄
DeleteSedapnya. Kalau pedal Cie makan la. Hati tak berapa suka. Anak2 lagi tak makan.
ReplyDeleteAkk lagi suka hati dr pedal :)
DeleteHati ayam, hati lembu pun sedap masak mcm ni.
ReplyDeleteHati lembu kena rebus dulu tak SA?
DeleteAmmi ni satu rumah x makan hati. Tp kalau pedal bukanlah main laku keras
ReplyDeleteBoleh try masak pedal je Ammi. This one pun PH campur juga pedal, ada seketul masuk la sekali. Hiris nipis² dulu
DeleteHati tu kena goreng garing lebih sikit kalau di rumah saya.. sbb budak2 tak boleh kunyah kalau lembut hahaha..
ReplyDelete