Alhamdulillah, rasmi sudah sejadah mini kiriman dari Mommy Zya, sempena terawih 1 Ramadhan.
Hajat nak tidur awal, tapi entahlah tak boleh lena. Kejap² terjaga hampir setiap jam pulak tu. Last² 3.45 pg Ummi bangun. Penat cuba nak lelap tapi tak boleh baik bangun je kan... Seronok dan syukurnya kalau setiap malam mampu bangun awal macam ni π
Pukul 5.30 baru bersahur.
Lauk sahur 1 Ramadhan;
1. Nasi putih
2. Daging Dendeng by En Rizal Caterer
3. Telur Masin - wajib ni sebagai pembuka selera pepagi
4. Ulam daun salad
5. Keli Sambal Hijau - baki lauk tengahari
6. Ayam goreng - leftover juga
7. Air sdn bhd - ikut selera masing²
Ummi buat susu kurma; blend kurma yang direndam sebentar dlm air bagi lembut, hiris dan kisar bersama susu segar. Hajatnya nak minum susu kurma ni je utk sahur, tapi realitinya nasi 2 pinggan guys π«£
Lauk berbuka;
1. Nasi putih
2. Kari Ikan Merah - kari ikan favorite Walid
3. Sayur Campur
4. Ayam Goreng Kunyit - favorite Adik, raikan kesungguhan dia berpuasa
5. Spaghetti Carbonara - utk moreh dan bekal Abang Angah bawa ke asrama (by Kakak)
6. Leftover Daging Dendeng
7. Murtabak Pak Tam
8. Bubur Lambuk Surau
9. Fruit Coktail by Adik
Menu hari pertama puasa ni meriahlah sebab semua berkumpul, plus jatuh pada hari Ahad. Walid cuti, taklah terkejar² nak berbuka kan. Lagipun awal² ni banyak idea lagi nak memasak, pertengahan dan penghujung bulan nanti biasanya menu sendu belaka π
Terpaling puasa la konon 2 ekor ni π
Sebelum² ni bungkus dalam plastik, then bekas plastik macam bekas taufu fa tu and now paper bowl siap print nama surau.
Credit photo. |
Anak soleh boleh balik ke asrama lepas terawih. Jammed melekat dari main road nak masuk ke sekolah. Syukurlah kami hantar lepas berbuka, smooth macam selalu. Alhamdulillah.
Betul itu menu meriah ketika awal Ramadan.
ReplyDeleteWah tidak terkejar ke hantar anak lepas berbuka?
Kitorang pun jalan sibuk balik dari kampung ke rumah lepas terawih.
hebat tu bubur la,buk dh ada bekas camtu siap ada cop kan...smlm husband bw blk juga bubur lambuk dr masjid tp dlm plastik la hehe
ReplyDeletesaya suka la bubur lambuk!! biasanya sek razeen akan buat agihan bubur lambuk setiap tahun ie one of the days in ramadan, moga2 ada la jugak utk tahun ni
ReplyDeleteRumah kami dari awal sampai akhir memang tak meriah menu, sebab makan berdua je π
ReplyDeleteYang tidur terbongkang tu puasa penuh ke, π
Menu memang meriah time berkumpul ramai- ramai..ni hari ni x taua nak masak apa memandangkan kami berbuka bertiga aje
ReplyDeletecomelnye kucing tidur.. puasa jugak ke...
ReplyDelete1 Ramadhan, Alhamdulillah dapat meraikan bersahur dan berbuka di rumah MIL...bila dekat rumah MIL tu, memang MIL lah yang masak, kikiki..menantu nie memang tak boleh harap sikit..
ReplyDeleteSy teringin jugak la nak buat susu kurma tu. Kurma banyak, susunya la yg tak ada. Tapi betul, sy pun kena ni. Konon nak makan telur rebus aje, tapi tak sampai hati pulak tengok nasi banyak, hahaha.
ReplyDeleteMarhaban ya ramadhan, selamat berpuasa. Packing bubur lambuk tu menarik.
ReplyDeletesalam ramadhan buat PH & family...selamat berpuasa
ReplyDeletealhamdulillah..meriah menunya
"Hajatnya nak minum susu kurma ni je utk sahur, tapi realitinya nasi 2 pinggan guys" <--- kelakor lah PH! hehehe
ReplyDeletecantiknya packaging bubur lambuk tu!
Telur masin memang sedap kalau bulan puasa ni. Sedap2 menu PH.
ReplyDeleteMeriah, lauk sahur dan berbuka.
ReplyDeleteKesian anak bulus, penat puasa. :D