Punyalah seronok bersahur pagi tadi; berborak², makan pun santai² sekali jeling jam di dinding dah pukul 6. Hari ni hari minggu, takde apa nak kalut. Berbanding hari biasa, pukul 6 ni dah berhenti makan dan get ready untuk solat Subuh. Tudung, stoking semua dah tersarung. Habis solat zassss terus keluar rumah kalau tak terkandas la dalam kesesakan lalu lintas. Gitewww....
Seminggu dah kita puasa ye.
Dulu² tak sabar menghitung hari nak raya, sekarang kalau boleh dipegang Ramadhan ni, memang genggam erat², taknak ianya berlalu! Rasa sayang sangat. Dah seminggu berlalu ni rasa alahai cepatnya 🥺
Memang terasa bahang panasnya tu.
Menu sahur;
Nasi Putih
Ayam Goreng Ayamas
Rendang Paru - readymade, just panaskan
Leftover - Ikan Cencaru Bakar, Asam Pedas Ikan Senangin, Roti John, Murtabak (beli 3, extra 1 dari Pak Tam).
Rendang Paru ni beli sebelum puasa. Memang purposely simpan utk sahur, bila malas masak :D Ada orang datang jual dari rumah ke rumah. Ummi beli kek coklat kukus tu sebiji.
Menu berbuka;
Nasi Putih
Siakap Goreng
Sup Sayur
Ayam Belengas
Mi Kari
Nasi Daging & Bubur Lambuk dari surau
Dah biasa makan tapi tak tahu pula namanya Ayam Belengas.
Lumur ayam dgn garam & kunyit, goreng separuh masak. Keluarkan minyak dari kuali sebahagiannya, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul sekata. Masukkan hirisan bawang merah, carrot dan cili. Kaup balik hingga sayuran layu. Tutup api. Siap! Garam dan gula tak letak pun takpe sbb sos² tu dah ada rasa masin manisnya.
Mi Kari
Pinggan Adik la ni kalau takde sayur ni. Ummi guna meatballs jenama iwani, beli di jualan raya tu. Sedap, padat isinya.
Alhamdulillah.
MZ singgah sini jap sblm gi keje---tghari ni ada kelas masters kat uia.anyway MZ menu sahur ari ni, MZ buat sandwich telur (folo resepi yatie kitchen) ie siap letak cheese! my boys kata sedap hehheh
ReplyDeletePagi ni cuaca mendung di LD.
ReplyDeleteSelalunya menjelang tengah hari memang panas... lain macam panasnya kan PH.
betul tu dah 7 hari ramadhan berlalu.. tak sanggup nti tiba-tiba dah hujung ramadhan :(
ReplyDeleteYe laaa.. kita pun dua hari ni rileks² jer sahur, tak terkejar nak pergi kerja.
ReplyDeletecepat betul masa berlalu.. x sedar dah seminggu Ramadan..
ReplyDeleteKejap je masa berlalu. Nak fikir nak masak apa pula hari ni?
ReplyDeleteTak perasan meatballs jenama Iwani. Kalau jumpa, boleh try. Susah nak cari meatballs sedap selain jenama Marina.
ReplyDeletePanasnyer tengah hari kat sana
ReplyDeleteSedar-sedar hari ini dah masuk 8 Ramadhan.
ReplyDeleteBagus la Pak Tam bagi xtra.... murah rezeki
ReplyDeleteKat Lipis ni siang panas, malam hujan. Kadang2 petang hujan. Sejuk la sikit. Meriahnya menu semua tu.
ReplyDelete