Saturday, 15 March 2025

Bingkisan Raya

Mama Nurin singgah di rumah tengahari semalam. Nak hantar barang katanya... 

Sweet kan? 
Rezeki Ummi alhamdulillah.

Buat kudap² sebelum raya katanya :D 

Memang perasan trend tahun ni buat gift kuih raya dgn beg anyaman macam ni. Acik Solehah pun ada juga buat gini. Yang Mama Nurin bagi ni dari Mamasab. 

Sebenarnya bukan trend baru tapi trend ni muncul semula. Masa Ummi kerja dulu pernah dapat raya gift guna bakul/kotak/bekas yang dianyam begini. Baguslah tonjolkan semula produk kraf sebegini. Tidaklah warisan budaya kita hilang ditelan arus kemodenan. 

Tqsm Mama Nurin 😘

27 comments:

  1. waahhh bestnyaaaa PH dpt raya gift! cantik beg anyaman tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kan? Akk pun suka sangat sbb cantik :)

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Rejeki orang berpuasa

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki dapat gift raya. Cantik beg tu.

    ReplyDelete
  4. Suka tengok set gift/hamper begini. Sweet je. Nak bawa sebagai buah tangan pergi beraya pun ok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul.
      Mesti sukalah org yang terima gift gini, macam PH :D

      Delete
  5. Bolehlah buat makan-makan selepas buka atau tarawih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya NA. Dah org bagi tu mmg tak sabar² le nak rasa hihi

      Delete
  6. comel bekasnya.. warna pink pula tu..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah rezeki tak pernah salah alamat.
    Mana nak cari orang hantar kuih kat kita ekk.. takde spe nk hntr kt Cuya ke hahahah XD

    ReplyDelete
  8. Cantiknya beg anyam tue .. betul sekarang banyak trend bagi doorgift kuih raya letak dalam beg anyam ni

    ReplyDelete
  9. Pernah dapat juga beg ala ala mengkuang tu. Dalamnya diisi buah-buahan dan coklat. Rezeki murah PH ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ala anyaman mengkuang tapi guna plastik la kot materialnya ni... Alhamdulillah rezeki 🤲🏻

      Delete
  10. Alhamdulillah....Cantik gift tu...

    ReplyDelete
  11. At least peniaga2 yg jual kraf mcm ni ada bahagian mereka.

    ReplyDelete
  12. Bag mengkuang tu lawoooo....orang memberi kita merasa kan PH...

    ReplyDelete