Thursday, 6 March 2025

Catatan 5 Ramadhan 1446H

Adik request nasi goreng untuk sahur. Sate ayam goreng yang dibeli di Bazar semalam tu boleh buat lauk katanya. Ummi okay saja asalkan Adik nak makan. Alhamdulillah setakat ni Adik masih bertahan, puasa penuh. 1st day sekolah Selasa lepas, dia cerita lepas habis kelas, kawan² dia berlari ke mesin Cuckoo, pakat minum air 😂 

Menu sahur;
Nasi Goreng Sambal Belado - sambal belado tu Ummi tumiskan semula dalam kuali, masuk telur dan nasi. 
Sate ayam goreng - 
Ikan Kerisi Goreng - baki berbuka 

Hujan sedari pagi, kira² jam 9 pg sampai ke Maghrib masih hujan. Ada kala lebat, ada kala rintik² kasar. 

Selalu nampak apartment atas bukit ni tapi hari ni kabur sungguh dek rintik² hujan. Memang sepanjang hari cuaca redup dan basah. 

Menu berbuka; 
Nasi Putih 
Kari Ayam 
Bayam Goreng Celup Tepung 
Ulam timun & tomato ceri
Leftover - sambal belacan, sambal belado, bayam tumis, solok lada 

Kerabu Pucuk Paku + Tauge dari Cik Leha.
Semalam pergi Bazar Ramadhan, Ummi nampak ada orang jual pucuk paku, segar². Ummi ambil 2 ikat. 1 hantar ke rumah Cik Leha. Hari ni CL hantar balik, dlm bentuk kerabu :D 
Kerabu CL ni sedap, Ummi tak pandai buat sesedap ni. Yang CL pula takde geng makan kerabu, anak menantu tak makan katanya. Makanya rezeki jiran ni la ☺️

Walid pula beli roti sardin, bubur nasi dan murtabak. Alhamdulillah meriah juadah kami. 

4 comments:

  1. Hehe bijak hantar pucuk paku dapat kerabu.
    Alhamdulillah rezeki.

    ReplyDelete
  2. Meriah sungguh tu walaupun tak tepek gambarnya. Kita pun suka kerabu tapi takde geng.

    ReplyDelete