Wednesday, 12 March 2025

Recap ~ Week 10, 2025

Week 10: 5-11/3/2025

5/3 bersamaan 4 Ramadhan jejak kaki je Bazar Ramadhan buat kali pertama untuk puasa kali ni. Bazar kecik peringkat kejiranan je, tak meriah mana pun. Yang menjual pun familiar faces belaka; mereka yang berniaga di medan selera dan warung² di tepi jalan. Sepanjang Ramadhan ni MPS letak pita kuning di tempat yang biasa depa meniaga di tepi jalan utama tu. Bagi yang  nak berniaga, kena sewa tapak di Bazar ni. 

6/3 SRAI keluarkan memo penggunaan lokar bilik darjah. Tujuan disediakan lokar untuk kurangkan beban beg sekolah murid. Ialah, satu subjek min pun 3 buku; buku teks, buku tulis dan buku aktiviti. Kalau sehari 5-6 subjek? Silalah darab :) 

7/3 Abang Angah PB lagi. Bulan puasa boleh balik setiap minggu. Most SBP, SMKA macam ni rasanya. 

8/3 Pergi jualan raya dekat Batu Muda tu ...

9/3 Kakak mula tuition PSRA. 
Ini yang private, yang sekolah anjurkan lepas raya nanti. PSRA awal bulan 10 kalau tiada perubahan.


10/3 Kakak bawa balik borang pendaftaran PSRA untuk diisi. Sehari sebelum tu, pihak sekolah aturkan jadual fotografi untuk murid² T6, dengan bayaran RM10/4 kpg gambar. Sebelum² ni ambik gambar sendiri di kedai tapi kali ni nak bagi standard semua orang, seragam tudung/songkok semuanya. 

11/3 Takde apa yang menarik, tepek je la gambar our new family member (still dlm probation :p) 

Adik bagi nama Cheeky.

3 comments:

  1. Dah 11 Ramadan belum jejak kaki lagi kat bazar.

    ReplyDelete
  2. Hi Cheeky... kemain lagi dia lepak ye.

    ReplyDelete
  3. Aiiiih maniiisnya cheeky. ❤️❤️❤️. Semoga lulus probation ya kak 😄😄.

    Saya malah suka kalo Bazaar ga terlalu ramai. JD tak bingung pilih beli apa 😄. Kalo ramai sangat, langsung pening nak pilih.

    Ini teman saya ada yg ke KL, hanya karena nak ke Bazaar ramadhan di sana 😄😄😄. Betul2 dia. Saya bukannya tak nak, tp kalau mendadak2, tak bisa 🤭🤣

    ReplyDelete