Jom pakat baca!
Sakit hati dan gundah gulana jadinya bila kemuliaan bulan Ramadhan ni dicemari dengan pencabulan gencatan senjata di غزه 🥺
Baru ja saudara² kita nak bina semula kehidupan, diserang dan dibantai sekali lagi. Hasbunallah wa nikmal wakeel...
Hari ni busy...
Mood raya dah muncul kata orang, jadi sikit sebanyak buat juga persiapan.
1. Pergi pasar untuk beli barang² basah. Beli sesikat pisang, kesian tengok sorang akak ni buka meja tepi tangga market tu.
2. Ke Rise@KL untuk jual barang recycle. Bukan duit yang dicari, tapi demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang.
3. Jejak kaki ke TF Value Mart buat pertama kali, sejak dibuka pada 20/3 kelmarin. Banyak juga promosi sempena pembukaannya ni.
Beras Jati Pusa King antara yang jadi rebutan. Kitchen towels sebelahnya tu pun kira murah tu, RM9.99 utk 6 rolls. Food court masih belum beroperasi. Booth jualan tudung, baju raya ada yang buka.
4. Singgah ambil raya gift set di rumah Acik Solehah. Diberinya sebalang kuih raya reject. Ummi nampak lawa je kuih rayanya ni :) AS ni memang sangat jaga ye kualiti kuih raya dia 👍🏻
5. Tugaskan Adik Kakak masukkan duit raya rata dalam sampul. Mana yang boleh disedekahkan dlm bulan Ramadhan ni, nak terus bagi. Berganda² harapnya pahalanya tu kan. Duit RM5 yang ikat dgn getah tu duit Tabung RM5 Ummi simpan since last October. Alhamdulillah puluh² keping juga, bolehlah guna sebahagiannya utk sedekah duit raya.
6. Meanwhile, Walid keluar jumpa Uncle Shy ambil kuih raya. Tahun ni tak sempat buat Almond London, busy dgn kerja sebagai akauntan upahannya tu 😁
7. Anak soleh ada majlis khatam Quran Selasa ni. Kena pakai full set baju Melayu & samping. Harap² adalah cikgu² yang sudi kongsi gambar :D
Alhamdulillah.
Bagusnya ada sedeqah waktu Ramadan ini.
ReplyDeleteHehe saya beli kuih raya daripada anak saudara.
sakit kan kak ... sakit sangat jika fikirkan tentang saudara gaza kita.. Allah Allah.. xmampu tertahan.. dah x boleh nk tengok nnti diri jadi kemurungan..
ReplyDeleteSemoga saudara² kita di sana sentiasa diberi kekuatan. Allah, tak tahu nak cakap sebab tidak diuji, hanya mereka sahaja yg tahu bagaimana tapi tengok mereka dah tak peduli dan tetap beribadah seperti biasa. Mungkin alah bisa tegal biasa. Semoga dipermudahkan jugak urusan PH sediakan persiapan raya utk keluarga tahun ni.
ReplyDeleteIs**** memang bangsa yang angkuh sungguh dan degil. Cantiknya sampin anak PH ni.
ReplyDeleteMoga tabah saudara2 kita di sana dan moga tamat secepatnya.
ReplyDeletewah..duit raya sudah standbye
ReplyDeleteNanti share lah foto yg cikgu tu share nanti kalau ada....
ReplyDeleteAllahu akhbar geram bila dapat tahu gencatan senjata dicabuli Is***l dengan sekutunya US.. Cerita tentang duit raya sampai sekarang LZ masih belum tukar lagi, risau duit baru dah habis, tawakkal saja..
ReplyDeleteSaya biasanya akan TRF duit raya untuk keponakan2 pada hari H raya nanti. Transfer ke rek mereka masing2. Yg cash begini biasanya untuk anak tetangga kiri kanan rumah 😄.
ReplyDeletebiskut pelangi tu tisya suka sgt..tk jmpa lg org jual
ReplyDeleteSA x dapat tukar duit raya...huwaaaaa...tapi ada je duit raya belen- belen tahun lepas x habis..recycle je la nampaknya...
ReplyDeleteduit raya tu...MZ lom masukkan dlm sampul lagi ni...i have many nieces and nephews, dan tambah jugak from mr hubby's side
ReplyDelete