Week 11, 2025 ✅
Week 12: 19/3-25/3, 2025
Setiap minggu anak soleh minta hantar awal ke asrama. Sanggup berbuka di asrama asalkan dapat jadi imam solat terawih :D Setiap hari ada giliran imam, tapi Ahad malam bebas sebab para pelajar boleh kembali ke asrama selepas berbuka. Yang nak balik awal ke asrama, kena isi borang supaya pihak Dewan Makan sediakan makanan secukupnya.
21/3 Kakak bawa balik slip keputusan UPKK -nya berserta markah PAJSK 2024. Kena simpan elok² sebab ni semua penting dan perlu utk apply sekolah menengah nanti. Kejap je dah nak masuk sekolah menengah si Kakak ni 🥹
Ini kain yang Uncle Shy beli di Bandung tempohari. Yang warna coklat tu Ummi masih berbelah bagi nak ke tidak. Sebab yang ni pun bila jadi baju cantik pulak wpun ada juga bunga² pada kainnya.
24/3 Walid dan barisan AJK surau bergambar bersama Dato' Menteri Besar Selangor. MB datang berbuka puasa dan serahkan sumbangan raya.
25/3 Abang terlibat dengan majlis khatam Quran di sekolah. Alhamdulillah banyak yang manis² utk Abang Ramadhan kali ni.
Wahhh.. semangat anak soleh nak jadi imam solat tarawih, sejuk perut PH mengandungkan anak² soleh & solehah, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga semua urusan berjalan dgn lancar
ReplyDeleteAlhamdulillah....rezeki sangat anak soleh bersemangat hendak jadi imam. Cantik baju batik kain dari Bandung tu
ReplyDeleteAlhamdulillah sejuk hati ummi, anak soleh tak perlu paksa jd imam.. cantiknya baju batik tu PH!
ReplyDeleteAlhamdulilah jadi imam anak PH. Markah PAJSK tu boleh juga check online sebab kadang2 markahnya ada perpuluhan tu bukan nombor genap sebab Dania punya dulu masa sekolah menengah 8.43/10.
ReplyDeleteAlhamdulillah bagusnya anak soleh nak jadi imam.
ReplyDeletetahniah anak PH..nk blk awal ke asrama jd imam terawih
ReplyDeletemasyaAllah tabarakallah.. semangat abang nak jadi imam terawih.. alhamdulillah..
ReplyDeleteSejuk hati ummi walid 🥰
ReplyDelete