Sebelum tu nak bgtau; MHI Park ialah MARA Halal Industrial Park (dulu KIMAR - Kompleks Industri MARA). Terletak di Batu Muda.
Ada orang share info ni. Jadi kami pergilah tengok apa yang ada.
Selepas mendaftar masuk, kami diminta ke desamall ni. Ingatkan jualan raya macam bawah khemah besar² tu atau pun dalam dewan besar. Rupanya taklah sebesar itu skalanya.
Desamall ni umpama souvenir shop konsepnya. Barang² jualan raya ni dari kilang² dalam ni. MHI Park ni kawasan industri.
Jom tengok apa yang ada ...
Semua mahal² huhu... Bukan dekat sini saja, Ummi tengok iklan² kuih raya pun semua harga gini juga. Nak buat macamana, kos bahan bakery sangat tinggi sekarang ni esp bahan imported macam butter.
Berkenan dgn semperit Pesona ni. Bekas tin tu yang cantik, boleh buat gift. Ummi tak beli la sbb nak order semperit dgn kawan.
Sesuai sangat nak beli utk dijadikan hadiah.
Nampak sedap air coklat 3-in-1 Ryverra ni, beli satu pek. Minum air coklat mengenyangkan juga utk sahur bagi anak².
Sebenarnya di sini la Adik datang rombongan masa darjah 1. Kilang Coklat Ryverra ni dalam MHI Park ni. Rombongan T5 Kakak pun ke sini tahun lepas. Tapi bulan puasa ni kilang tak dibuka untuk lawatan.
Untuk pembelian >RM50 dapat 1 tiket untuk lucky draw. On the spot je cabut...
Hadiah berupa peralatan elektrik, hand phone antaranya. Suruh Adik cabut kot la dapat rezeki besar kan...
Dapatlah juga hadiah ye PH. Berguna tu raya nanti.
ReplyDeleteBetul tu Kak Amie. Mmg berguna utk raya hihi
DeleteMenarik. Dapat sampul raya. Ada isi tak? 😄
ReplyDeleteUnfortunately, no hehe :D
DeleteAlhamdulillah...bertuah juga tu
ReplyDeleteAlhamdulillah bolehlah isi duit raya nanti :)
DeleteKat Lipis pun ada Desa Mall. Kecik je. Jualan produk tempatan jadi macam tak ramai orang datang pun. Orang dari luar jela kot membeli kat situ.
ReplyDeleteAda juga ye desamall dekat sana...
DeleteAkk suka kedai yg jual produk² lokal
Bekas semperit tu mengingatkan saya dengan bekas butter cookies.
ReplyDeleteBila Ezna komen ni baru Sy perasan 👍🏻
DeleteBest tu dapat sampul raya.. kami baru dapat dari Shell je.
ReplyDeleteOh ada bagi juga?
DeleteBerguna sampul raya ni...
Betul PH, biskut Raya mahal2 lah. Baru order 2 tart nenas dan 1 biskut makmur. Oh dapat gift sampul raya tu.
ReplyDeleteSy order serba sikit dekat kawan/kenalan. Bila kira² aduh cecah ratus² dah Kak 🫣
DeleteSaya kalau beli kue raya sekarang, bisa habis belum lagi raya 🤣🤣🤣. Makanya kalau pesan kue raya, saya pasti minta diantar mendekati raya. Biar masih aman 😄
ReplyDeleteCantik sampul raya tu .. ada berapa pieces dalam tu
ReplyDeleteCantik sampul raya tu .. ada berapa pieces dalam tu
ReplyDelete