Wednesday, 12 March 2025

Recap ~ Week 10, 2025

Week 10: 5-11/3/2025

5/3 bersamaan 4 Ramadhan jejak kaki je Bazar Ramadhan buat kali pertama untuk puasa kali ni. Bazar kecik peringkat kejiranan je, tak meriah mana pun. Yang menjual pun familiar faces belaka; mereka yang berniaga di medan selera dan warung² di tepi jalan. Sepanjang Ramadhan ni MPS letak pita kuning di tempat yang biasa depa meniaga di tepi jalan utama tu. Bagi yang  nak berniaga, kena sewa tapak di Bazar ni. 

6/3 SRAI keluarkan memo penggunaan lokar bilik darjah. Tujuan disediakan lokar untuk kurangkan beban beg sekolah murid. Ialah, satu subjek min pun 3 buku; buku teks, buku tulis dan buku aktiviti. Kalau sehari 5-6 subjek? Silalah darab :) 

7/3 Abang Angah PB lagi. Bulan puasa boleh balik setiap minggu. Most SBP, SMKA macam ni rasanya. 

8/3 Pergi jualan raya dekat Batu Muda tu ...

9/3 Kakak mula tuition PSRA. 
Ini yang private, yang sekolah anjurkan lepas raya nanti. PSRA awal bulan 10 kalau tiada perubahan.


10/3 Kakak bawa balik borang pendaftaran PSRA untuk diisi. Sehari sebelum tu, pihak sekolah aturkan jadual fotografi untuk murid² T6, dengan bayaran RM10/4 kpg gambar. Sebelum² ni ambik gambar sendiri di kedai tapi kali ni nak bagi standard semua orang, seragam tudung/songkok semuanya. 

11/3 Takde apa yang menarik, tepek je la gambar our new family member (still dlm probation :p) 

Adik bagi nama Cheeky.

17 comments:

  1. Dah 11 Ramadan belum jejak kaki lagi kat bazar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Cie. Akk pun sekadar nak tengok² dan rasa vibe Bazar Ramadhan je. Main menu semua masak

      Delete
  2. Hi Cheeky... kemain lagi dia lepak ye.

    ReplyDelete
  3. Aiiiih maniiisnya cheeky. ❤️❤️❤️. Semoga lulus probation ya kak 😄😄.

    Saya malah suka kalo Bazaar ga terlalu ramai. JD tak bingung pilih beli apa 😄. Kalo ramai sangat, langsung pening nak pilih.

    Ini teman saya ada yg ke KL, hanya karena nak ke Bazaar ramadhan di sana 😄😄😄. Betul2 dia. Saya bukannya tak nak, tp kalau mendadak2, tak bisa 🤭🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini terlalu sedikit peniaganya Fanny, ngak puas mau pilih² juadahnya :D

      Wah bagusnya kawan kamu ya, mmg penggemar Bazar Ramadhan ya 😁

      Di sana ada gak Bazar Ramadhan?

      Delete
  4. comelnya cheeky.. suka tengok & main dgn kucing, tapi taknak bela 😅😂 cukuplah anak² main dgn kucing yg selalu dtg singgah rumah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan gitu la Ily tapi anak² Akk ni kemain suka dgn kucing. Kalau boleh semua kucing nak bawa balik rumah 😇

      Delete
  5. Tahniah PH dh jejak bazaar ramadhan.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Baby boy ke girl tu?
    Sekolah anak2 ammi mmg boleh balik every week but they choose not to come back. Kyra sibuk study sbb dia kata dia risau addmathnya. Khilfi pulak ada latihan taranum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boy Ammi.
      Baguslah gitu. Sekolah Abang Angah PB wajib every weekend bulan puasa.

      Delete
  7. Buku2 masa sekolah dulu memang berat sangat. Kesian pulak anak2 ni bawa beg berat2. Dengan ada loker ni kuranglah sikit beban beg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringan sikit la cuma buku teks yg tebal & berat tu terpaksa usung juga.

      Delete
  8. Best juga ada lokar persendirian . Boleh la simpan buku siap berkunci . Tak perlu la nak simpan dlaam laci meja sekolah takut hilang pulak nanti

    ReplyDelete
  9. Best juga ada lokar persendirian . Boleh la simpan buku siap berkunci . Tak perlu la nak simpan dlaam laci meja sekolah takut hilang pulak nanti

    ReplyDelete