Saturday, 8 March 2025

Ke Jualan Raya @ MHI Park Batu Muda


Sebelum tu nak bgtau; MHI Park ialah MARA Halal Industrial Park (dulu KIMAR - Kompleks Industri MARA). Terletak di Batu Muda. 

Ada orang share info ni. Jadi kami pergilah tengok apa yang ada. 

Antara jenama yang beroperasi dalam MHI Park ni. 

Selepas mendaftar masuk, kami diminta ke desamall ni. Ingatkan jualan raya macam bawah khemah besar² tu atau pun dalam dewan besar. Rupanya taklah sebesar itu skalanya. 

Desamall ni umpama souvenir shop konsepnya. Barang² jualan raya ni dari kilang² dalam ni. MHI Park ni kawasan industri.

Jom tengok apa yang ada ... 

Pelbagai jenis kurma....

Frozen food jenama iwani dan Fatihah. 

Bocor poket nak beli kuih raya tahun ni 
Semua mahal² huhu... Bukan dekat sini saja, Ummi tengok iklan² kuih raya pun semua harga gini juga. Nak buat macamana, kos bahan bakery sangat tinggi sekarang ni esp bahan imported macam butter. 

Berkenan dgn semperit Pesona ni. Bekas tin tu yang cantik, boleh buat gift. Ummi tak beli la sbb nak order semperit dgn kawan. 

Cantik gift box ni...
Sesuai sangat nak beli utk dijadikan hadiah. 

Nampak sedap air coklat 3-in-1 Ryverra ni, beli satu pek. Minum air coklat mengenyangkan juga utk sahur bagi anak². 

Sebenarnya di sini la Adik datang rombongan masa darjah 1. Kilang Coklat Ryverra ni dalam MHI Park ni. Rombongan T5 Kakak pun ke sini tahun lepas. Tapi bulan puasa ni kilang tak dibuka untuk lawatan. 

Untuk pembelian >RM50 dapat 1 tiket untuk lucky draw. On the spot je cabut...

Hadiah berupa peralatan elektrik, hand phone antaranya. Suruh Adik cabut kot la dapat rezeki besar kan...

Alhamdulillah dapat juga, hadiah sampul raya 😄






8 comments:

  1. Dapatlah juga hadiah ye PH. Berguna tu raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie. Mmg berguna utk raya hihi

      Delete
  2. Menarik. Dapat sampul raya. Ada isi tak? 😄

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...bertuah juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bolehlah isi duit raya nanti :)

      Delete
  4. Kat Lipis pun ada Desa Mall. Kecik je. Jualan produk tempatan jadi macam tak ramai orang datang pun. Orang dari luar jela kot membeli kat situ.

    ReplyDelete
  5. Bekas semperit tu mengingatkan saya dengan bekas butter cookies.

    ReplyDelete