Thursday 20 June 2024

Tukar Drainage Pump Aircond

Sejak bulan lepas air aircond di ruang tamu ni asyik menitik. Mula tu ingat aircond tu yang rosak/tersumbat, rupanya air menitik dari drainage pump. Rosak agaknya pump tu. 

Bila turunkan cermin besar bawah aircond ni, nampaklah kesannya. Dekat lantai pun asyik basah je kalau kita on aircond tu. Tak suka keadaan ni tapi kadang tu cuaca panas on juga aircond tu ๐Ÿ˜…

Sehari sebelum raya, aircond man (A) yang kami mula guna khidmatnya kebelakangan ni datang. Berjanji nak datang lama dah, since 2-3 minggu lepas, tapi sibuk sangat agaknya. A cuma tukar pump dan advise kami ubah paip aircond tu ke bilik air bawah, instead of air di belakang rumah sekiranya air masih menitik. 

Tak sampai ½ jam lepas tukar pump tu, air  menitik semula. Malas nak berurusan dengan A dah (ada cerita disebaliknya), kami decided untuk call B. First time nak guna khidmatnya ni. Alhamdulillah tak sampai sejam B muncul. Bagus sangat kerjanya, semua tempat dia buka dan check termasuk paip aircond dan unit aircond tu sendiri. Dari pukul 1145 hingga 1415 gitu dia bekerja sebab nak cari punca kenapa air tu masih menitik walaupun dah tukar pam baru. Puashati sungguh dengan komitmen dia. A tadi cuma pasang pam semata je. Alhamdulillah akhirnya B berjaya juga selesaikan masalah aircond kami. Ada bahagian dalam paip yang tersumbat. Paip tu panjang ye, dari ruang tamu ke belakang rumah, salute dgn B, bersungguh² kelebek paip tu satu² bahagian cari tang mana tersumbat tu ๐Ÿ‘

Terima kasih banyak dik, definitely we will hire you again after this. Sangat berpuashati dengan komitmen dan cara kerja dia. Ummi pun akan recommend dia kalau ada yang perlukan aircond man. 

Nota; 
Tukar Pam Aircond 16.6.204
A: RM380 (pump + upah)
B: RM150 


 

13 comments:

  1. Itulah orang yang kita hendak kalau kerja, teliti dan selesaikan masalah.
    Sebenarnya bukan masalah pam rosakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pam tu memang rosak. Cumanya A tak cuci paip aircond, tersumbat & that's why air menitik. Pam tak mampu nak tolak air disebabkan ada bahagian yg tersumbat tu.

      Delete
  2. Kita harapkan yang pakar tahu apa solusinya....akhirnya pakar tak tahu atau ambil kesempatan.....moga semuanya dipermudah buat PH sekeluarga. Moga aircond baik seperti sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rezeki kami, pasrah je la ๐Ÿ˜

      Delete
  3. Semoga adik B ni terus komites buat kerja.

    ReplyDelete
  4. Moga elok baik aircond tu lepas dibaiki.

    ReplyDelete
  5. Kebetulan kiteorg pun tgh mencari org nak servis aircond kat rumah ni sbb dah tak sejuk sgt. Nak mintak contact no. B boleh tak PH? Hihi... ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
  6. Yeayyy... aircond dah ok, hati pun senang.
    Dapat pulak technician yang bagus kerjanya.

    ReplyDelete
  7. syukur dh setel masalah tu...waaa mahalnya kos yg A charge tu....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah settle masalah..sama la ngan tukang yang SA cari sebelum ni...amik kesempatan tapi masalah x selesai terpaksa cari orang lain

    ReplyDelete
  9. Dah boleh promote contact si B tu.. org yg bagus jgn di sia siakan bakat nya.. hahahah .. mmg kalau dapat org yg buat keja sambil lewa ni mmg sekali tu je la panggil

    ReplyDelete
  10. Yg beginiii memang yg kita mau kan. Teknisi yg paham masalah dan serius nak cari solusi dan penyebabnya. Jadi bayar lebih pun ikhlas. Krn memang kerjanya benar ๐Ÿ‘

    ReplyDelete