Saturday 22 June 2024

Ceri & Durian

Lama dah teringin nak makan buah cherry fresh ni. Tapi bila tengok harganya boleh tahan juga ye, plus kadang tu tengok tak berapa fresh dah jadi hold sat keinginan tu sampai jumpa yang betul² kena dengan kehendak hati dan Mesra poket :D . Alhamdulillah hari ni jumpa yang diingini... 

Airflown from Turkiye. At first ingatkan dari China sebab beli dekat Wellmart je. Hari tu tengok dekat Jaya Grocer cerinya imported from the US. Dah namanya buah import harganya pun mahal sikitlah kan. Tapi yang Ummi beli ni small packet, dalam RM14 je. Bolehlah buat raso²...

Alhamdulillah, sedap, rasa buah ceri ni masam² manis. Teksturnya akan² buah plum, tapi lebih lembut dan saiznya pun lebih kecil. 

Hari yang sama juga, Allah hadirkan rezeki raja buah... 

Durian Bukit Gantang kata adik penjual. Sekilo RM10 je. Dua biji ni RM26. Alhamdulillah dua² elok buahnya. Isi sedap, manis² pahit rasa durian kampung begitulah. 

Alhamdulillah, mungkin tahun ni durian menjadi lagi, dapatlah beli dengan harga murah begini. Durian Batu Kurau kata kawan Ummi, bulan 8 nanti baru musim. Di kampung Ummi pun nampaknya durian dah mula 'buang buruk'. Buang buruk tu maksudnya mula gugur, biasanya buah² yang kurang elok. Di pertengahannya nanti baru buah² yang elok biasanya akan gugur. Begitulah sefaham Ummi :) 








13 comments:

  1. Durian tu yang tak tahan hati nak tengok. Mudah-mudahan musim durian nanti, sampailah juga longgokan ya di LD.

    ReplyDelete
  2. Geram pula ibu tgk buah cerry tu lagi geram bila tgk pula durian. ๐Ÿ˜… Salam AidilAdha PH Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Ibu ๐ŸŒน
      Sihat ke? Lama betul menghilang ๐Ÿค—
      Belah² Perak sana durian dah mula musim kan...

      Delete
  3. Sedapnyaaa ceri & duriannn tuu kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappppp sangatttt :D
      Terima kasih Cikpijaa sudi singgah ๐ŸŒน

      Delete
  4. Cherry memang mahal kan tapi sedap.
    Waahh murah durian tu, Alhamdulillah elok isinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak, mahal sikitlah... Sekali sekala layan tekak hihi

      Delete
  5. kalau sepeket RM14 makna kata sebiji seringgit lebih.. Betul la tu buat raso raso.. mahal betul hahhaah :D

    ReplyDelete
  6. lamanya xmakan ceri bertahun dah rasanya haha

    ReplyDelete
  7. Saya tak reti plak nak mkn cherry tu...kalau strawberry tu saya suka ajerrr

    ReplyDelete
  8. Saya tak sabar nih nak hunting durian di KL dan Penang lusa ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Memang sengaja selalu balik Malaysia tiap june-july., semata karena durian , dan kebetulan libur sekolah anak kan.
    .
    Cherry tuh saya tak seberapa suka. Pas di JKT memang malas beli ini sebab mahal. Maklum buah import. Akhirnya pas di Amerika, ada yg jual murah sangat di supermarket, langsung beli. Ternyata memang saya tak terlalu suka hahahahha. Nasib baik teman2 banyak suka. JD tak mubazir

    ReplyDelete
  9. SA pun ada entry durian...tp masih dalam draft..cherry tu bestnyaaa

    ReplyDelete