Tuesday 4 June 2024

Dyslexia Cafe, Taman Selaseh Batu Caves

Ummi ajak Walid keluar minum petang kelmarin. Upah anak⁴ tolong bersihkan 'kebun' dan rumah bersekalilah dengan sesi makan² sebelum Abang Angah balik ke asrama. 

Kafe ni diusahakan oleh seorang anak muda yang juga menghidap dyslexia. Walid yang perasan kafe ni, few weeks ago. Tunggu semua ada, baru seronok nak cafe hunting. 

Credit: NST (bole baca kisahnya di link ni) 
Cuma tak pasti cafe di Bangi masih beroperasi atau tidak. Kelmarin tu nampak En Amer ni di kafenya yang di Batu Caves ni. Dari DUKE nak ke Karak/Sri Gombak tu sebelah kiri, selepas gerbang dan Raudhatul Sakinah. Sebelah je dengan Pak Uda Kitchen. 

Cantik dan bersih kafenya. Selesa pun selesa untuk makan santai². 

Pelbagai jenis kek. 

Soft cookies tengah 'in' sekarang kan... Ummi belum pernah try

Aiskrim pun banyak pilihan. 

Pilihan kami; 

Buttermilk Chicken RM14.00 (2 set Adik & Angah)
Kata nak minum petang, depa pilih nasi jugak :D 

Cheezy Fries (RM10.00)

Fries biasa (RM9.00)

Dry Wantan Noodles (RM14.00)

Bandung Soda ni sedap. Just nice rasa dia, tak manis sangat. 

Kakak sedang menikmati makanan dengan kusyuknya 🤭
Jaket Ummi masa dekat U dulu, tup² dah jadi hal milik dia. 

Walid pilih Hot Kopi Cham. Katanya gabungan kopi + tea. Tak sempat rasa, dah licin 🤭

Alhamdulillah makaanan semuanya sedap, portion juga memuaskan, staff very helpful dan serving time juga cepat. Dari segi harga, berbaloi dengan apa yang disajikan. Keep it up! 

Abang, Kakak dan Adik ambil aiskrim juga. 

Ada rezeki kita datang lagi, Insha Allah. Boleh try set nasi pula. 

Alamat pada resit ye 👆 


Update: Info terbaru cafe di Bangi sudah setahun ditutup. Kini perniagaan beliau tertumpu di Batu Caves ni. 
Sumber: Sinar Harian





16 comments:

  1. Thanks for sharing.nanti boleh try la

    ReplyDelete
  2. Haritu ammi br ckp kat boss “ i rasa i ada dyslexialah” sbb bila dah tua ni makin kerap ammi tulis terbalik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Ammi?
      PH masa masuk darjah 1 dulu selalu gak tulis terbalik, huruf S dgn N tapi mujur bukan dyslexia. Mmg purely tak reti sbb PH tak masuk tadika, terus masuk sek ren

      Delete
  3. Tengok gambar semua memang nampak sedap dan memuaskan tu, PH. Boleh la datang selalu kan.

    ReplyDelete
  4. nampak menarik nie...next gaji pulak..hihihi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis, nak minum petang sekali makan dinner ye hehe.. Sedap nampak semua, boleh try bila lalu kut tu..

    ReplyDelete
  6. Ada tgk juga cafe ni ...tp xkesempatan lg nk try...aritu tgk time pembukaan ada promo

    ReplyDelete
  7. Dry wantan noodles tu menggoda SA betul..

    ReplyDelete
  8. Ternampak aiskrim dan bihun tu. Unik betul nama cafenya pun....

    ReplyDelete
  9. Menarik cafenya.
    Owner jujur bila letak nama begitu.

    ReplyDelete
  10. selalu juga nmpak dia lalu lalang di FB. Kena cuba juga nampaknya ni .

    ReplyDelete
  11. Insyaallah kalo ada waktu nanti di KL, nak saya coba. Sebenarnya memang tak banyak ITIN selama di KL nanti, tapi terkadang suka tiba2 ada acara mendadak, 😄. Menarik juga kafenya. Semoga bisnis owner bisa semakin berkembang

    ReplyDelete