Friday 21 June 2024

Menu Daging Korban

Alhamdulillah sempat masak dan jamu daging korban sebelum anak² balik asrama Selasa lepas. 

Sup Tulang + Ekor (depa potong 7, setiap peserta dapat 1 bahagian) + Daging. Banyak juga Ummi masak. Niat asal nak bawa utk Aunty Nadia di hospital tapi tak jadi pergi, rezeki kami anak beranaklah nampaknya. Tapi sebab dah ada niat nak berkongsi, Ummi kirim juga sebekas utk Cik Dora, isteri Abe. Jiran² rapat buat korban juga. Yang dapat dari surau pun ada, jadi Ummi kongsi dengan yang belum dapat. 

Hati, jantung dan limpa goreng kunyit style Tok. Walaupun tak setanding dgn airtangan Tok, still I'm proud of myself  sebab berjaya masak menu ni ๐Ÿ˜

Daging Goreng + Kacang Buncis. Daging tu rebus dulu, cepatlah empuknya. 

Dapat juga paru jadi Ummi goreng garing. Lepas tu masukkan dalam sambal tumis nasi lemak. Pagi tu sarapan nasi lemak, lebihan sambal tu la... Paru ni favorite Angah. Minyak berlinang tu abaikan ye ๐Ÿซฃ 

Ada lagi daging korban, tengoklah nanti apa menu yang akan muncul :) 



5 comments:

  1. MZ so far baru sekali jer masak daging korban ie buat daging goreng kunyit.byk lg daging dlm fridge ni๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
  2. Sekali masak sekaligus ke semua bahagian lembu? Hehe pesta daging satu hari.

    ReplyDelete
  3. Kita tahun first time tak buat sup.. kita masak kari daging pekat huhuu.. makan dengan roti arab :D

    ReplyDelete
  4. Duuuuh paru sambal tuh pasti sedaaaap ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜„. Walaupun saya dah seram nak makan banyak ini. Tapi sesekali okelaah ๐Ÿ‘๐Ÿคค

    ReplyDelete
  5. Daging korban SA dapat x masak lagi...ntah bila nak masak

    ReplyDelete