Wednesday 26 June 2024

'Frozen' Bahan Memasak

Salah satu cara nak panjangkan jangka hayat barang² dapur ialah dengan menyimpan secara frozen (sejukbeku). Tapi, kenalah tahu cara yang betul supaya bahan² ni kekal elok. 

Untuk daun pandan, basuh bersih daun pandan dan potong ikut citarasa. Nak lap dulu daunnya  hingga kering pun boleh. Simpan dalam bekas plastik/ziplock bags dan tutup rapat. Sebab Ummi tak berapa reti nak simpul daun pandan, asyik terburai bila dimasukkan dalam masakan, Ummi potong saiz ni. Terpulang ye. Bila nak guna, keluarkan dan tak perlu basuh lagi. Daun limau purut pun Ummi simpan style ni, alhamdulillah kekal warna dan aromanya. 

Kalau untuk daun kari, guna cara ni, lebih berkesan إن شاء الله 

Untuk kunyit hidup, halia dan lengkuas, basuh bersih, buang kulit dan hiris nipis. 

Susun atas pinggan/talam satu², jangan bertindih dan masukkan ke dalam freezer 1-2 jam. Bagi keras/beku dulu then pindahkan ke dalam bekas bersesuaian. 

Bila nak guna, ambil je berapa hirisan yg diperlukan. Alhamdulillah setakat ni, inilah cara yang paling sesuai dgn Ummi. 

Malam hari Arafah tempohari, Angah bawa balik lengkuas, ada jemaah surau sedekah. Bagus betul jemaah ni sedekah barang yang sangat function di musim² raya korban. Lengkuas ni  boleh guna untuk buat rendang, rebus daging dsbnya. Terima kasih Haji 👍

Ummi basuh bersih, hiris nipis dan simpan  macam cara di atas. Kali ni Ummi simpan dalam ziplock bag (gambar first, kanan sekali). Dedaun lain pun Ummi letak dalam ziplock bags, jimat space dalam freezer

Boleh cuba ye ... 

#Untuk sabun Do'zee tu, sebenarnya kena beli dengan stokis, sebab belum masuk pasaraya² besar. Selain MTM Mart, rasanya di Mydin ada produk ni. Do'zee ni produk bumiputera, nak masuk pasaraya besar mungkin banyak prosesnya. 

Berjaya racun kawan kita, blogger NA 😁
Dah guna belum? Hehe...

(Boleh rujuk website Do'zee untuk senarai stokis). Ummi takde kaitan ye dengan produk ni, sekadar share sebab Ummi suka guna ✌️
 
Sokong dan beli barangan buatan Malaysia gitewww :D  



 

21 comments:

  1. menarik la tips ni..mcm nak try lah nanti

    ReplyDelete
  2. boleh cuba frozenkan.. tp tu la sy jarang sgt memasak.. hihi.,.
    brng2 msak pon xbyk ade dlm peti ais.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...
      Yg selalu masak mcm PH ni bole la try sbb kdg beli nak guna sikit je, baik simpan dgn cara ni :)

      Delete
  3. Tips ni menarik..tapi knowing PZ dia x suka..penuh petiais katanya...so kita hadap aje la aturan PZ sendiri...

    ReplyDelete
  4. Senang nak guna untuk masak kalau sudah tersedia bahan-bahan frozen begini.

    ReplyDelete
  5. Senang bila nak guna je boleh ambik....idak la kena beli yg baru sebab yg lama dah layu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ezna. Dapatlah juga jimat duit dapur hihi

      Delete
  6. Masya Allah rajin PH buat semua, teliti .Proses renyah tapi tahan lama.

    Memang wangi Do'zee. Tq cadangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah rajin sangat pun, tapi frustrated kalau bahan² tu jadi lemau jika dibiar je dlm peti ais.
      Alhamdulillah wangi kan 👍

      Delete
  7. Rajinnya PH buat mcm ni. Menarik tips ni, sebab kadang2 bahan2 mcm daun limau purut, daun kunyit & daun pandan bukan hari2 pakai tapi bila beli kena beli dalam kuantiti banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kpd sayangkan bahan² tu rosak sis, kita cuba la panjangkan hayatnya. Plus bila nak guna, ambik je dlm freezer. Senang 😁

      Delete
  8. Tapi kala kadang nak cepat, sumbat je semua dalam freezer. Cuma kena jarak2 kan jgn tindih2 kan, macam PH buat supaya senang ambil.

    Baru cuba dozee, wangi nya.

    ReplyDelete
  9. Waahh.. bagus tips nya ni.

    ReplyDelete
  10. ingat lagi masa Ana kena bertugas di bandar few years back,kena guna cara frozen cmni baru boleh jimat beli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Ana 👍
      PH lately baru la berjinak² hihi

      Delete
  11. Kalau muat peti ais boleh guna tips ni. Bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, muat je. Lagi² simpan dlm ziplock bags

      Delete
  12. Buat macam ni dia x kecut ke PH..SA pernah buat..semua jadi mengecut...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah so far okay je. Cuma dedaun mcm daun sup daun bwg tu akan lembik juga.
      Halia, lengkuas, kunyit tu bekukan dulu lepas hiris, bg kering satu² baru dia tak lembik Insha Allah

      Delete