Saturday 29 June 2024

Rezeki Jumaat 28.6

Semalam diadakan majlis penutup Minggu Panitia PJPK dan Minggu Panitia Jawi, Imlak, Khat & Pendidikan Islam sewaktu perhimpunan pagi Jumaat. 

Kakak joined pertandingan ni 👆
Kakak, Nurin, Danisha & Qaleesya satu team

Balik sekolah hari tu terus ajak Ummi beli kadbod. Sampai rumah tengok di YouTube cara buat piramid, sebab dia nak buat piramid 3D. 

Alhamdulillah, terhasillah piramid ni. Hasil akhir Ummi tak tengok sebab Kakak bawa ke sekolah piramid ni, hias dan lengkapkan dengan teammates dia. Sempatlah hantar sebelum deadline

Lama juga menunggu keputusannya, alhamdulillah semalam diumumkan pemenangnya. Team Kakak dapat hadiah saguhati, alhamdulillah. 

Tahniah anak² 👍
Selain sijil, dapat juga pen sorang sebatang dan popcorn. 

Untuk Panitia Jawi tu ada kejutan... 

Kakak terpilih sbg pemenang Tulisan Jawi Tercantik utk kelas dia, alhamdulillah. 

Adik pun menang juga, alhamdulillah...
Tempat ke-2 Teka Silangkata Jawi utk kelas dia. Setiap kelas cikgu pilih 3 orang pemenang. 

Selain tu ada juga pengumuman pemenang Kelas Tercantik dan Sudut Nilam Tercantik. Alhamdulillah rezeki kelas Kakak jadi Johan Kelas Tercantik Tahap 2. Dapat RM80 dan Piala kata Kakak. Untuk Sudut Nilam, kelas Kakak dapat tempat ke-3. Tahniah 5 Tabah 👏👏👏

Bukan anak² je dapat hadiah rupanya, rezeki utk Ummi pun ada juga ...

Rizqy bagi durian Tukugho (Batu Kurau) sebiji... Acik, Acik dia panggil dari luar pagar 😆 

Malam pula Walid bawa balik donut dan cookies. Alhamdulillah rezeki lagi 🤲 Donut Karamel (kuning tu) sedap. Ummi dah request kalau ada jual lagi next week (jual dekat masjid hari Jumaat) Ummi nak. 

Besar atau kecil, sikit atau banyak kita syukuri setiap pemberian-Nya ♥️

6 comments:

  1. wahhh rezeki tu alhamdulillah. congrats kakak dan adik!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semuanya rezeki Allah.
    Tahniah kakak dan adik.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Sayapun dapat makan durian.

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Kemas pulak tengok piramid tu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah atas rezekiNya.
    Suka tengok kotak piramid tu. Kemas kerja kakak.

    ReplyDelete