Wednesday 19 June 2024

Back to Routine

4-5 hari ni tak sempat nak jenguk tanaman pun... Bila cuti dah habis, semua back to normal; balik asrama, pergi sekolah, pergi ofis tinggal Ummi dengan Tot barulah Ummi pun kembali ke rutin harian. 

Jenguk² tanaman, ada yang boleh dipetik kita petiklah. Bunga telang tu dah ada sebekas, simpan dulu buat stok. Nak buat nasi kerabu belum sampai seru lagi :D Terung Pipit ni rebus cicah air asam ikan rebus (kami panggil air garam) pun sedap ni. Cili kampung tu memang sedap dan sesuailah dibuat air garam. 

Berbakul jugalah baju belum bergosok sementelah geng asrama pun balik, bertambahlah baju digunakan. Hari ni maraton gosok baju² harian ni ๐Ÿ’ช Nak gosok baju² ni kena ada mood, kena santai² baru best. Healing cara mak² ๐Ÿ˜†






15 comments:

  1. Ntah bila SA ni nak pi healing macam orang lain..rutin sama aje...masak awal pagi, kerja, balik kerja, masak lagi dan tido..itu je ulang- ulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kerja cara org kerja, surirumah dgn cara surirumahnya hihi... Gitulah kita ni kan...

      Delete
  2. Replies
    1. Seronok tgk ahli keluarga pakai baju yg bergosok, nampak kemas je. Itu yang rajinkan diri :D

      Delete
  3. part basuh baju lipat baju heehe semlm my hubby cuti so dia jadi sura rumah selama sehari setelkan keje2 rumah ;)

    ReplyDelete
  4. Bunga telang tu mak saya selalu rendam dalam air panas buat jadi teh bunga telang.

    ReplyDelete
  5. Saya pula tak sempat hendak jengok peti sejuk. Entah apa khabarnya terung pipit dan belimbing buluh yang dibeli di pasar tani Ahad lepas.

    ReplyDelete
  6. Kalau ada terung pipit tu tak tahu nak masak apa sebab tak pernah try pun.

    ReplyDelete
  7. Baju harian pun bergosok ke PH? Salute u

    ReplyDelete
  8. Seronoklah ada tanam-tanaman sendiri.
    Boleh healing2 tu.

    ReplyDelete
  9. terung pipit tu biasa goreng dgn ikan bilis buat sambil kering.. atau masuk dalam kari.

    ReplyDelete
  10. Kami sebutnya buah rimbang itu kak. Biasanya dimasak dalam kuliner Batak, sayur ubi tumbuk. Fav sangat memang. ๐Ÿคค

    ReplyDelete