Monday 24 June 2024

Kemas Area Belakang

Extended area belakang dapur tu dah macam tongkang pecah. Di situlah laundry area, stor, ampaian, rak pinggan dan seribu satu khazanah lagi. Bila mood rajin datang bertandang cepat² kita raikan. 

Kita tengok hasilnya sudahlah ye...
Nak tengok before kejadian, pakat pengsan satgi ๐Ÿ˜†

Bolehlah buat tempat Ummi healing² sambil kopek bawang ๐Ÿ˜

Rak bahan² cleaning
Botol pink tu floor cleaner, wangi dan segar baunya. Macam bau dekat hospital, rasa bersih je tapi bukanlah bau kuat macam Dettol tu. Masa duduk di homestay time rumah terbakar dulu, cleaner homestay tu guna produk ni. Sekarang kami pun guna. Ada jual di Speedmart, tak sampai RM10 sebotol. Buat spray² meja pun boleh, cuci toilet pun boleh. Multi purpose.

Pencuci baju pula Ummi guna Do'zee sekarang ni. Dulu pakai sabun serbuk tapi sejak akhir² ni guna Do'zee. Sedap bau dia. Beli yang sebotol 10kg ni tahan +-sebulan. Harga dalam RM35. Tak letak atas rak sebab berat dan besar botolnya. 

Do'zee hitam ni paling wangi bagi Ummi. Dan selalunya cepat je sold out bila MTM Mart restock

Ada lagi nak dikemas²... Maklumlah banyak dapat inspirasi hasil dok scroll TT :p 


14 comments:

  1. Murah harga sabun Do’zee tu. Agaknya sebab jual kuantiti banyak 10kg. Saya tak perasan pulak sabun ni di rak pasaraya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, cantik tempat laundry, teringin nak letak rak macam tu, suka bau wangi dari basuhan.. Nanti boleh cuba Dozee tu...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya rajin ngemas2 tu.niceee

    ReplyDelete
  4. nanti nak try la sabun dozee ni... kalau ldy untuk 10 kg ni thn dua bulan kot..

    ReplyDelete
  5. Do'zee tua produk tempatan ya? Tidak pernah nampak di pasaraya besar.
    Hehe teracun rasa hendak beli juga pencuci baju itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha saya cari di google lepas itu terus dapat beli orang hantar. Cuba yang hitam juga. Jenuh juga bukan tutupnya. Pertama kali beli yang 10 kg.

      Delete
  6. Do'zee ni x pernah try lagi...nnt boleh la try kalau jumpa

    ReplyDelete
  7. Meh kak ana bagi tips sikit nak nampak lagi kemas rak dinding tu PH, beli bekas yang sesuai refill semua sabun2 tu dalam bekas transparent nanti nampak kemas dan esthetic lagi laundry area PH hehe :)

    ReplyDelete
  8. kita pun nak try la sabun Do'zee ni.. MTM mart tu kat mana? boleh cari lepas ni

    ReplyDelete
  9. Bila PH bagi review mcm ni, rasa nak cari jugak 2 pencuci ni.

    ReplyDelete
  10. Ayah mertua pernah bagi Dozee yang kaler pink. Tapi tu lah.. pakai Dozee ni tak pandai sukat. Takut tak wangi letak banyak, end up cepat habis huhu...
    Bolehlah cari multi purpose floor cleaner tu bila baca review PH.

    ReplyDelete
  11. Kalau rajin, memang tak berdebu lah rumah. ๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  12. Menarik plak sabun Do'zee tu ye PH...nak cari la floor cleaner tu kat Speedmart

    ReplyDelete