Sunday, 2 June 2024

Abang Warded 3H2M

Berwarna-warni cuti sekolah kali ni ☺️

Pagi Khamis Abang Angah ke kelas Intensif Hafazan, petangnya Abang admitted dekat KPJ Ampang Puteri, asbab eczema. Abang ni eczema dia on off. Kejap elok kejap menggerutu satu badan. Kalau cuaca panas memang boleh trigger eczema dia. Ikutkan eczema ni banyak pantang larang tapi itulah dia pun duduk asrama, tak boleh nak berpantang sangat pun. Dengan persekitaran asrama lagi, pasrah je la Abang kan...

Masa dia kecik dulu bolehlah Ummi pantau food intake dia. Susu pun beli susu soya based; jenama Isomil. Mahallah susu tu haha ...  Sabun mandi pun yang hypoallergenic, bukan sabun biasa. Lepas tu 2 tahun jugalah Ummi pantang makan seafood sebab Ummi bf diaTapi bila dah makin besar makin hilang pantangnya πŸ˜… Tapi syukur Abang hadapi eczema dia dengan kuat dan tabah. Tak pernah komplen pun, cuma kita yang rimas tengok dia tergaru² bila time gatal tu. 

After regi, dapat gelang. Abang rilek je dia. 
Dekat tangan tu dah improve banyak since jumpa Dr NA dekat sini. Yang teruk sekarang ni dekat kaki :( 

Cantik KPJ Ampang Puteri sekarang ni... 
Ummi jarang datang ke sini. Pernah jumpa gynea sekali di sini, dan ziarah KJ bersalinkan Usop 16 years ago

Nurse masukkan ubat. 

First night ni dapat bilik double, share dengan seorang pesakit demam denggi. Masing² dapat 1 TV :D πŸ‘‡ Kami request juga bilik single, senang sikit nak teman/lawat Abang. Hari pertama ni bilik single full

Catik toiletries bag yang diberi. Selain toiletries dalam tu ada towel muka. 

Boleh order food directly dari cafe hospital. Apalagi, cubalah Nasi Goreng Cili Padi. Pedas berdengung 🀭 

Dinner untuk Abang. 


Peneman Abang. 
Since bilik ni berkongsi jadi Angahlah teman Abang. Walid pun balik sebab esoknya kerja. Alhamdulillah Abang pun baik² saja. 

Sejak tengah malam Abang kena puasa sebab nak ambik darah. Pagi tu Walid singgah hospital dulu tengok Abang. Alhamdulillah semua okay. 

Atas lunch Abang, bawah makanan Angah. Pakat boring, minta izin nurse turun beli food di kafe. Pandai depa dua berdikari :D 

Petang tu dapat pindah bilik single alhamdulillah. 

Ada peti ais mini. Macam hotel :) 
Katil yang Abang guna tu disorong sekali ke bilik ni. Baguslah tak perlu kemas katil dan tukar bedsheet dsbnya. Discharge besok² baru diganti agaknya untuk kegunaan new patient

Alhamdulillah keesokan paginya Abang dah boleh discharge. Kena continue ubat sapu dan ubat makan di rumah/asrama. Lagi sebulan jumpa Doc semula. 

Semoga diberi kesembuhan untuk Abang 🀲




 

17 comments:

  1. Allahu.. boleh bayang dia punya gatal tu. Ekzema ni boleh dikawal tapi nak kena kawal makan la, paling susah nak kawal cuaca, kalau panas sgt pun tak boleh, sejuk sgt pun tak boleh. Semoga abang terus bertabah, elok pulak Angah tukang teman, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK.
      Tengok kulitnya pun kita tahu betapa gatalnya tu huhu :(

      Delete
  2. Take care ya abang. Semoga dipermudahkan segala urusan & segera sembuh sepenuhnya. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Moga diberikan kesembuhan ya. Ya la kot PH kalau panas ni makin menjadi2 pulak eczema ni ya....

    ReplyDelete
  4. Semoga abang sembuh dari penyakit eczema. Kena start balik pantang makan lepas ni la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin tq sis 🀲
      Kena control la kot sbb nak berpantang sepenuhnya susah juga sbb dia duduk asrama

      Delete
  5. Semoga cepat sembuh. Selesa nampak biliknya.

    ReplyDelete
  6. moga cepat baik ye abang..kesiannya kalau time kena dekat asrama tu..yang tak ada eczema ni pun kalau kena gatal2 dekat hostel asyik nak menangis je kejenya tak selesa nak belajar

    ReplyDelete
  7. anak MY takde ekzema, tapi mudah sangat kena gegata. Pening MY sebab tak tahu punca yang trigger urticaria dia tu.

    ReplyDelete
  8. Allahu, semoga abang terus sihat ye...dapat SA bayang mcm mana sakitnya gatal ekzema tu...

    ReplyDelete
  9. Khilfi pun masa kecik ada eczema tp mild. Kat belah leher tu menggerutu sentiasa. Tp masa tu doctor dah kata biasa kalau ada eczema mudah kena resdung. Hmmm mmg betul. Dah besar kene resdung pulak. Ni kat asrama macam2 ubat hidung ammi standby. Yg spray yg titis dalam hidung sbb hidung manjang block je

    ReplyDelete
  10. Moga abang cepat baiknya.
    Kasihan anak-anak yang ada ekzema terutama duduk jauh dengan parents ni. Mana yang dapat dipantang boleh lah jaga.

    ReplyDelete
  11. Eczema ini memang perlu perhatian khusus. Temen saya beberapa terkena, dan memang banyak sangat pantangannya. Kalo lihat tangan dan kakinya saat sedang kambuh, sedih memang. Pastilah gatal dan tak nyaman sangat πŸ˜”

    Semoga kondisi kulit Abang membaik yaaπŸ€—

    ReplyDelete