Tuesday 4 June 2024

Cuti Bday YDPA Agong

Rezeki tahun ni cuti umum  jatuh pada hari Isnin, ber

Ahad 2.6 sepatutnya habis cuti penggal sekolah kali ni tapi disebabkan Isnin cuti umum sempena Hari Keputeraan YDPA Agong, sambunglah cuti sehari lagi. 

Ummi masak Nasi Lemak Bunga Telang. Ummi baru tahu bunganya boleh dimakan, jadi kali ni Ummi masukkan sekali bunganya dalam nasi, bukan rendam ambil airnya yang berwarna biru tu saja. Malah, ada juga saudara Ummi makan gitu je bunga ni, awet muda katanya :D 

Cantik warnanya 💙

Sambil² tu Ummi buat pewangi rumah. Katanya boleh jadikan rumah harum...

Guna air mawar dan daun pandan. 
Wangi ke? Wangi memang wangi tapi tidaklah memenuhi ruang. Kena datang dekat hidup baunya baru wangi. Tak cuba tak tahukan? 

Hari yang sama juga Walid bawa repair spec Ummi. Samsia Opto buka rupanya hari cuti umum ni. Ganti yang bahagian bertanda tu, dah pecah yang asalnya. 5 ringgit je...

Lepas Zohor siap sedia hantar anak² balik asrama. Sebelum tu singgah dulu Prima. Sorang nak beli lampu suluh, sorang nak pegi Tealive. 

Layan je la kan...

Belum hilang kelibat anak soleh ni, Ummi dah start rindu 🥹 Rasa macam nak kejar pergi peluk haha... 

Belajar rajin² ye Abang Angah, jumpa minggu depan إن شاء الله 






11 comments:

  1. yeay..dah ganti dah....lepas ni will be oka dah spec tu..anak-anak kan...xde depan mata memang rindu, SA yg serumah ni lagi la..pi keja awal pagi, dia balik kerja 10.40pm baru sampai rumah, SA dah tido...

    ReplyDelete
  2. Sayunya hati bila anak² dah kembali ke asrama. Semoga nasi bunga telang umi menawarkan rasa rindu di hati anak².

    ReplyDelete
  3. Cantik kaler nasi lemak bunga telang tu. Pokok akak dah mati dah.. masa ada tak ingat buat apa kat bunga nya. Gamaknya dia merajuk dok terbiar begitu.

    10 hari lagi PH.. start counting hehe

    ReplyDelete
  4. feeling mak2 sgt kan...rindu2an bila anak tak de dpn mata hehehe

    ReplyDelete
  5. igtkan angah bawak apa bantal matahari sebesor alam..rupanya, PH punya sticker..hihihi

    ReplyDelete
  6. Mak ni kalau anak takde depan mata akan rindu rinduan. Tak kira la anak tu jauh ke dekat ke. Anak yang dulu dok kolej 7km je jauhnya pun ummi boleh rindu. Faham sangat perasaannya.

    ReplyDelete
  7. rezeki dpt cuti panjang
    tu pun kejap je rasa kan cam nk cuti lg ha haaa
    cantik nasi lemak pepel
    sweettkaler

    ReplyDelete
  8. Sayu hati bila hantar anak pulang ke asrama kan . Walaupun kita tahu dia dalam jagaan insan yg baik², tapi hati ni.. haihhh.. Si sulung saya, hari ahad dah pulang ke asrama. Hari isnin tu dia sekolah seperti biasa, kelas ganti sebab ada balik cuti awal hr tu...

    ReplyDelete
  9. Rajin masak nasi lemak. Cantik kejadian nasi tu.

    ReplyDelete
  10. cantik juga rupa nasi lemak bunga telang... warne kebiruan..

    ReplyDelete
  11. Memang bisa dimakan kak. Dulu mama sering buat teh dengan bunga nya sekali dimakan 😄. Banyak manfaat bunga Telang ini

    ReplyDelete